Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Husam diperintah bayar ganti rugi RM100,000 kepada KPK
Diterbitkan:  Aug 26, 2021 9:23 PM
Dikemaskini: 1:23 PM

Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini mengarahkan Husam Musa membayar ganti rugi RM100,000 kepada Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPK).

Mahkamah sama juga menetapkan Husam membayar kos tindakan sebanyak RM 110,933.92 terhadap penghakiman yang direkodkan terhadap dirinya pada 1 Okt 2019.

Peguam KPK, Wan Muhamad Hafiz Wan Zawawi, berkata penghakiman tersebut merupakan tindakan saman fitnah yang difailkan syarikat tersebut terhadap kenyataan yang diterbitkan dan disebarkan Husam melalui laman Facebook dan ceramah-ceramahnya.

"Hakim Mohamad Abazafree Mohd Abbas menyifatkan kenyataan tersebut menjejaskan reputasi dan imej KPK serta memberi impak buruk kepada nama baik perniagaan mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 2017 Husam yang juga seorang senator mendakwa KPK melanggar hak Orang Asli kerana menceroboh tanah mereka di Gua Musang.

Husam juga mendakwa kononnya KPK ditutup dan berlaku penyelewangan dalam syarikat terbabit.

Berikutan itu KPK memfailkan tindakan fitnah terhadap Husam kerana tanah yang didakwa diceroboh tersebut bukan dalam konsesi KPK, malah syarikat itu tidak pernah ditutup malah masih beroperasi sehingga sekarang.

Sebelum ini Husam memfailkan permohonan untuk mengetepikan dan membatalkan penghakiman bertarikh 1 Okt 2019 namun ditolak mahkamah.

Husam Musa diwakili peguam dari Tetuan Zayumi Murtadza & Co.

Lihat Komen
ADS