Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbul spekulasi mengatakan bahawa kerajaan negeri baru atau kerajaan perpaduan baru dibentuk di Melaka yang dipimpin BN selepas parti kerajaan di negeri itu memberi tawaran kepada pembangkang.

Ia membawa kepada perbincangan yang diadakan semalam antara Adun Pakatan Harapan (PH) dan kepimpinan PH pusat yang dihadiri oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke malam tadi, lapor Sin Chew Daily.

Ketika dihubungi, Loke mengesahkan mengenai perbincangan yang diadakan antara pemimpin PH dan Adun dari gabungan mereka di pejabat Anwar di Petaling Jaya semalam.

"Mesyuarat yang diadakan hanya untuk membincangkan pendapat dan perkembangan terkini di Melaka. Tidak ada keputusan yang dibuat," katanya.

Dia bagaimanapun menafikan menerima jemputan untuk PH membentuk kerajaan baru dengan parti kerajaan ketika ini.

"Tidak betul untuk mengatakan mereka ada beri tawaran," katanya.

Loke enggan mengulas lanjut, terutama berkaitan dengan kemungkinan kedua-dua belah pihak bekerjasama dalam isu negari.

Laporan Sin Chew yang memetik sumber mengatakan bahawa Umno, Bersatu dan Adun bebas, menjemput PH untuk bekerjasama dan seterusnya memungkinkan kemungkinan perubahan kerajaan.

Laporan itu juga menatakan bahawa beberapa Adun, khususnya daripada DAP tidak setuju sekiranya PH bekerjasama dengan gabungan kerajaan negeri.

Harap jangan kecewakan rakyat

Bekas ketua menteri Melaka dan Adun Sungai Udang, Idris Haron dikatakan merupakan antara yang menyokong kerjasama dengan pembangkang.

Pemimpin lain yang disebut dalam laporan itu termasuk Adun Pantai Kundor Nor Azman Hassan, Adun Telatu Mas dari Bersatu, Noor Effendi Ahmad dan Adun bebas, Norhizam Hassan Baktee.

Sebanyak 11 Adun dijemput ke mesyuarat di pejabat Anwar semalam untuk membincangkan kemungkinan kerjasama dengan parti kerajaan di Melaka.

Dalam pertemuan itu, empat Adun DAP tidak setuju dengan prospek untuk membentuk pakatan berkenaan, dengan alasan kurangnya etika dan integriti politik. Mereka berpendapat bahawa kerjasama seperti itu tidak akan diterima secara meluas.

Idris dipetik sebagai menafikan bahawa parti kerajaan di Melaka akan bekerjasama dengan pembangkang.

Malasiakini juga menghubungi beberapa wakil Adun untuk memberi komen.

Minggu lalu, Ketua Menteri Sulaiman Md Ali mengatakan bahawa kerajaan negeri menawarkan perjanjian baru, yang terdiri daripada lima cadangan, kepada wakil rakyat pembangkang negeri, demi mencapai kestabilan politik, mengekang pandemik Covid-19 dan menghidupkan kembali ekonomi.

Sementara itu Adun Machap Jaya Ginnie Lim yang dihubungi Malaysiakini menafikan wujud kemungkinan berlaku perubahan kerajaan di Melaka.

Kata Lim dalam keadaan sekarang semua pihak wajar memberi perhatian kepada usaha memerangi pandemik dan saling membantu, selain mengetepikan sebarang perbezaan.

"Kita jangan mengecewakan rakyat," katanya.

Seorang lagi pemimpin PH Melaka sebaliknya tidak menafikan terus kemungkinan tersebut.

Pada masa sama dia menafikan spekulasi mengenai salah seorang Adun Umno yang disebut-sebut mahu 'menyeberang' mengadakan pertemuan dengan pemimpin atasan PH di Petaling Jaya seperti dilaporkan The Star.

Dia juga menegaskan, kalau berlaku perubahan kerajaan di Melaka ia tidak sepatutnya memberi kesan kepada persefahaman yang dicapai di antara PH dengan Putrajaya di peringkat pusat.

"Jangan kerana marah nyamuk, kelambu dibakar," katanya.

Lihat Komen
ADS