Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Kinilens
Pesawat pejuang di langit Subang
Diterbitkan:  Oct 22, 2021 6:59 AM
Dikemaskini: 6:59 AM

Peminat penerbangan, pesawat dan ibu bapa membawa anak-anak mereka menunggu dengan sabar di luar Pangkalan Udara Subang.

Mereka hadir menyaksikan jet pejuang yang terbang dalam formasi di ruang udara semalam.

Pertunjukan penerbangan itu bersempena sambutan ulang tahun jubli emas Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) yang melibatkan United Kingdom, New Zealand, Australia, Singapura dan Malaysia sebagai tuan rumah acara pada tahun ini.

Sebanyak 16 pesawat pejuang yang terdiri daripada lima Sukhoi Su-30MKM dan empat BAE Hawk 208 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dua F-15SG dan dua F-16 C/D Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dan tiga F/A-18F Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) terlibt dalam acara tersebut.

Lihat Komen