Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Banyak pusat judi di kelab persendirian, tapi ahli kelab Islam dilarang masuk'

Polis hari ini berkata banyak pusat perjudian berlesen terletak di dalam kelab persendirian, yang juga mempunyai ramai orang Islam sebagai ahlinya.

Pun begitu, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata ahli kelab yang beragama Islam hanya dibenarkan menggunakan kemudahan lain di dalam kelab-kelab tersebut manakala mereka dilarang masuk ke bahagian perjudian kelab berkenaan.

"Walau ditempatkan di rumah-rumah kelab. Di rumah-rumah kelab ini ada ada juga aktiviti-aktiviti bukan judi, coffee house, kolam renang utk ahli-ahli datang sebagai ahli kelab.

"Tapi kalau datang yang muslim, memang dilarang masuk ke tempat perjudian di kelab yang sama. Jadi pihak kami memang sentiasa mengawasi," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Kenyataan pesuruhjaya polis itu dibuat di tengah-tengah dakwaan ramai orang Islam sering mengunjungi pusat perjudian berlesen di negara ini.

Isnin lalu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di parlimen mendakwa "berpuluh-puluh ribu" orang Islam berjudi mesin slot di sekurang-kurangnya 62 kelab yang dilesenkan dengan kemudahan sedemikian.

Presiden PKR itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaannya.

Kebetulan, klip video pendek turut tular di media sosial beberapa hari sebelum itu, memaparkan premis didakwa kasino di Kuala Lumpur yang sering dikunjungi umat Islam.

Menurut undang-undang negara, hanya orang bukan Islam berumur 21 tahun ke atas dibenarkan memasuki mana-mana rumah perjudian.

Mengenai video itu, Abd Jalil memberitahu pemberita polis tidak dapat mengesahkan sama ada individu di dalamnya beragama Islam atau tidak kerana ramai daripada mereka memakai topeng muka.

Jelasnya, polis juga telah melakukan pemeriksaan di pusat perjudian itu berikutan video tular tersebut, tetapi tidak menemui sebarang petunjuk ia telah menerima pelanggan beragama Islam.

"Tapi pemeriksaan memang tiada. Berdasarkan buku lawatan dan rakaman CCTV memang tiada kelibat-kelibat yang Muslim dibenar masuk sewenang-wenangnya masuk ke bahagian perjudian.

"Masuk kelab ada tapi mereka ke coffee house, kolam renang dan tempat-tempat lain selain tempat perjudian," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS