Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muhyiddin harap PRN Melaka tak jejas hubungan BN-PN di persekutuan
Diterbitkan:  Nov 14, 2021 9:05 PM
Dikemaskini: 1:50 PM

PRN MELAKA | Muhyiddin Yassin berharap pilihan raya negeri Melaka yang menyaksikan pertembungan Perikatan Nasional (PN) melawan BN tidak menimbulkan sebarang isu antara dua gabungan politik itu yang bekerjasama di peringkat persekutuan.

"Kerajaan persekutuan yang kita tubuhkan adalah gabungan banyak parti yang agak luar biasa, tetapi saya fikir ini adalah untuk kepentingan negara. Ini dilakukan untuk memastikan beberapa kestabilan.

"Saya rasa ini tidak mengapa pada tahap Kerajaan Persekutuan. Jadi diharap ia tidak menimbulkan sebarang isu. Harap perdana menteri (Ismail Sabri Yaakob) akan bekerjasama dengan ahli kabinet yang lain, dari BN atau PN," katanya.

"Bagaimanapun, keputusan telah dibuat bahawa gabungan masing-masing (BN dan PN) untuk bertanding berasingan, kita perlu menghormatinya," katanya pada sidang media di Shah Alam selepas melancarkan manifesto PN untuk pilihan raya Melaka.

Terdahulu, pengerusi PN itu ditanya ditanya sama ada pertarungan gabungan politik pimpinannya dan BN di semua 28 kerusi DUN pada pilihan raya Melaka akan menjejaskan hubungan mereka dalam kerajaan persekutuan.

Lihat Komen
ADS