Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hanya pembangkang di Malaysia tidak mahu PRU segera - Zahid
Diterbitkan:  Mar 22, 2022 4:41 PM
Dikemaskini: 8:41 AM

Hanya pembangkang di Malaysia satu-satunya di dunia yang tidak mahu pilihan raya umum diadakan, kata Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Jelasnya, melengahkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 membuka ruang kepada pembangkang untuk menjayakan strategi serta muslihat mereka.

"Saksikan juga pembangkang Malaysia barangkali satu-satunya pembangkang dalam dunia yang tidak mahu pilihan raya umum diadakan.

"Menawarkan memorandum persefahaman (MoU) 2.0 kepada kerajaan demi memastikan PRU ke-15 tidak diadakan dalam tempoh terdekat.

"Mereka mahu membeli masa untuk mencipta tipu daya dan fitnah-fitnah baru selepas segala penipuan mereka diketahui dan 'direject' oleh rakyat.

"Apakah Umno/BN begitu naif perlu berkompromi dan membantu menjayakan strategi dan muslihat mereka," tulis Zahid di Facebook, hari ini.

Zahid berkata pembangkang pasti tidak akan melepaskan peluang jika Umno/BN yang berada dalam kedudukan mereka iaitu ditolak oleh rakyat.

Umno pada perhimpunan agungnya yang berakhir Sabtu lalu menggesa Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob supaya mempercepatkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU ke-15 diadakan.

Gesaan supaya PRU segera diadakan selepas Umno melihat momentum sokongan rakyat memihak mereka selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Parti dominan Melayu itu juga turut menagguhkan pemilihan selepas PRU bagi mengelak perpecahan dalaman.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata perhimpunan Umno baru-baru ini telah meleraikan isu PRU apabila semua telah sepakat mengenainya.

Umno katanya kini hanyamenunggu masa untuk memasuki gelanggang penentuan bagi menjulang kembali BN sebagai sebuah kerajaan dominan.

"Itu tidak langsung memperlihatkan sebuah kesombongan mahupun keangkuhan, tetapi ia adalah realiti dalam kancah politik semasa dan mengapa PRU-15 perlu diadakan.

"Apakah Umno perlu akur bersama dengan musuh selepas segala kata-kata nista mereka lemparkan terhadap parti keramat agama, bangsa dan negara," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS