Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Manifesto PAS Kelantan
Diterbitkan:  Feb 26, 2008 5:14 AM
Dikemaskini: 5:21 AM

PAS melancarkan manifestonya untuk Kelantan, yang bertemakan "Membangun bersama Islam, menerajui perubahan dan mencapai keberkatan", dengan mengemukakan sembilan bukti perubahan yang dibawa parti itu dalam tempoh 18 tahun menerajui kerajaan negeri Kelantan.

Manifesto setebal 28 muka surat itu, yang dilancarkan oleh Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam manifesto tersebut, PAS menjanjikan pembangunan ekonomi yang saksama dan pembangunan sosio-budaya seimbang selain memberikan taraf hidup rakyat yang lebih baik, bahagia di dunia sejahtera di akhirat, demikian menurut laporan Bernama.

Antara janji PAS Kelantan ialah:

bullet button Melanjutkan cuti bersalin kepada tiga bulan bagi setiap kelahiran, dengan memberi kemudahan cuti bergaji tanpa had bilangan anak.

bullet button Kekalkan konsep negara Islam di Kelantan agar ianya menjadi contoh kepada Barisan Nasional (BN).

bullet button Bertekad melaksanakan rancangan pendidikan Kelantan dengan menggubal dasar kanak-kanak negeri Kelantan yang mengutamakan pendidikan awal kanak-kanak dan pra-sekolah selain membina pusat ilmu Wilayah Selatan merangkumi kolej Pendidikan Tinggi Wanita, Pusat Pendidikan Pondok Antarabangsa dan Sekolah Menengah Agama (Arab).

bullet button Menawarkan skim takaful kelompok guru, kakitangan dan pelajar Yayasan Islam Kelantan secara percuma.

bullet button Melaksanakan rancangan untuk membimbing, membantu dan melatih wanita ke arah wanita berdikari dan mencapai kemajuan sosio-ekonomi.

bullet button Menyediakan Tabung Niaga Wanita Kelantan.

bullet button Membina kompleks sukan wanita yang dilengkapi stadium khas dan masjid.

bullet button Untuk belia Kelantan, PAS berjanji melaksanakan rancangan kesihatan awam, rancangan kesejahteraan awam dan rancangan digital awam dengan memperkasakan peranan pusat ICT Desa.

bullet button Dalam pembangunan tanah, PAS berjanji menjayakan program pemberian skim pemilikan tanah lot kediaman untuk semua rakyat.

bullet button Memperluaskan peranan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan.

bullet button Melaksanakan pembangunan ladang komersial ala Kelantan dengan memperuntukkan tanah untuk diberi milik (sebagai saham) kepada rakyat miskin dan membuka peluang kepada golongan yang mampu untuk melabur.

ADS