Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isteri Datuk Azmi dikejar lembu
Diterbitkan:  Mar 2, 2008 9:41 PM
Dikemaskini: 1:45 PM

Bekas personaliti TV3, Normala Samsuddin terpaksa buka langkah seribu apabila dikejar oleh seekor lembu betina di Kampung Gial, dekat Padang Besar, Perlis

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.15 pagi ketika mengetuai 30 anggota Puteri Umno Padang Besar untuk berkempen membantu calon-calon Barisan Nasional (BN).

Suaminya, Datuk Azmi Khalid yang juga menteri sumber asli dan alam sekitar, bertanding mempertahankan kerusi parlimen Padang Besar 9 Mac ini.

Bagaimanapun tiada yang cedera dalam kejadian itu kerana lembu berkenaan tidak lagi mengancam selepas mereka berlari jauh dari situ.

Menurut Bernama, semasa kejadian, suami Normala, Datuk Seri Azmi Khalid yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Padang Besar sedang berkempen di kawasan Sena Rendang.

Semalam, calon PAS bagi negeri Kuala Perlis, Ahmad Tajuddin Salleh, 57, terjatuh dari bumbung rumahnya ketika membaiki kebocoran bumbung itu semalam.

Beliau kini terlantar di Hospital Tuanku Fauziah selepas mengalami kecederaan pada bahagian pinggang dan kaki kiri.

Sebelulm itu, dua wartawan dibelasah oleh sekumpulan penyokong sebuah parti politik beberapa hari lepas turut mewarnai kempen pilihanraya umum ini.

Sementara itu, bekas pegawai khas peribadi Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa antara 200 penyokong PAS yang dilaporkan menyertai Umno dan menyerahkan borang kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Majlis ringkas itu berlangsung selama 15 minit dengan Najib menyaksikan penyerahan borang oleh anggota baru serta mereka melafazkan ikrar dan meletakkan kain rentang yang tertera "Selamat Tinggal PAS... Pade Doh (cukup sudah)."

Majlis itu diadakan di kediaman Pemangku Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian Abdul Ghani Mamat yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kubang Kerian.

Bekas Pegawai Khas Peribadi itu, Abdul Salam Ismail, 36, berkata beliau mula menyertai PAS ketika berada di sekolah menengah dan jawatan tertinggi yang dipegangnya adalah Setiausaha Kerja PAS Bahagian Kubang Kerian.

"Saya sertai Umno kerana saya kecewa dengan sikap pemimpin PAS di Kubang Kerian kerana golongan muda kini mula menyingkirkan golongan tua di kawasan Pasir Tumboh," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang keanggotaan itu.

Beliau berkata masalah perebutan kuasa dalaman PAS kini terlalu ketara sehingga membuatkannya merasa jijik dengan perubahan sikap pemimpin yang mementingkan kuasa.

ADS