Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hindraf gesa kaum India undi pembangkang
Diterbitkan:  Mar 3, 2008 1:10 PM
Dikemaskini: 5:16 AM

Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) menggesa semua rakyat India keturunan India supaya mengundi parti-parti pembangkang secara beramai-ramai dalam pilihanraya umum 8 Mac ini.

Ketika membuat gesaan tersebut, Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy berkata, selepas 50 tahun, pihak percaya bahawa masyarakat India Malaysia telah matang di segi politik dan kini sudah dapat melihat kelicikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dikuasi oleh Umno.

Bagaimanapun, beliau mengulangi bahawa Hindraf bukan menentang kaum Melayu ataupun agama Islam.

Beliau berkata, pihaknya percaya dan menghormati prinsip-prinsip bahawa semua agama adalah setaraf sepertimana yang jelas didefinasikan di bawah perundangan antarabangsa.

"Kita telah hidup dalam aman dan harmoni bersama orang Melayu, tetapi Umno yang menguasa kerajaan BN telah melaksanakan dasar-dasar 'pecah dan perintah' rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Waytha Moorthy juga mendakwa, Umno telah menyemai perasaan takut di kalangan orang Melayu mengenai tuntutan Hindraf.

Katanya, ini kerana merek takut kehilangan monopoli "keistimewaan kelas elit" yang mereka nikmati sejak 50 tahun, di sebalik topeng hak istimewa Melayu, tetapi mengabaikan masyarakat Melayu yang miskin.

"Masanya telah tiba bagi semua rakyat Malaysia untuk berfikir secara global dan untuk kepentingan negara yang lebih luas demi kebaikan negara.

"Marilah kita melakunya dengan menafikan BN majoriti dua pertiga sebagai 'langkah pertama' dan terus berusaha mewujudkan perwakilan pembangkang yang progresif, padu dan kuat di parlimen," tambahnya.

Pada 25 November tahun lalu, Hindraf telah menganjurkan satu perhimpunan yang disertai kira-kira 30,000 orang sebahagian besarnya, kaum India kerana membantah peminggiran kaum tersebut.

Ekoran itu, lima pemimpinnya telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). P Waytha Moorthy kini tinggal di London.

ADS