Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sehari sebelum pilihanraya umum, Barisan Nasional menyiarkan tiga halaman iklan dalam semua akhbar utama berbahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

bn only one choice ad Iklan tersebut membawa satu mesej yang jelas - Pilhan Hanya Satu' apabila rakyat mengundi esok.

Ini diikuti dengan dua halaman lagi iklan yang menyenaraikan 66 pencapaian BN yang memberi faedah kepada rakyat.

Ia merangkumi bidang ekonomi, pembangunan, infrastruktur, cukai pendapatan, pertanian, penjagaan kesihatan, pendidikan, perkhidmatan awam, agama dan isu-isu sosial.

Di bawah adalah 10 daripada pencapaian yang disenaraikan dalam iklan tersebut:

* Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 18 peratus dari RM427 bilion kepada RM504 bilion (anggaran terbaru)

* Mengekalkan kawalan harga bagi barangan keperluan asas dan membelanjakan RM43.4 bilion dalam bentuk subsidi (2007) untuk menangani kenaikan harga barangan.

* Perdagangan antarabangsa meningkat 26% dari RM881 bilion kepada RM1.11 trilion

* Meningkatkan pendapatan para petani; sebagai contoh, pendapatan pesawah padi telah ditingkatkan 27 peratus kepada RM1,549; pendapatan pekerbun kecil getah ditingkatkan 34 peratus kepada RM1,727.

* Melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi untuk meningkatkan mutu pendidikan.

* Memberi pengecualian cukai sebanyak RM5,000 untuk setiap anak kurang upaya.

* Menubuh Suruhanjaya Diraja bagi penambahbaikan Operasi dan Pengurusan Polis, membawa kepada pelaksanaan lebih 85 peratus daripada cadangan yang dibuat.

* Merangka garispanduan bagi memastikan penyediaan tanah simpanan untuk tempat beribadat dalam kawasan yang baru dibangunkan.

* Menggandakan bajet operasi Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada RM154 juta, dan memperuntukkan RM372 juta bagi tujuan pembangunan di dalam Rancangan Malaysia ke-9.

* Membuat bayaran saguhati antara RM200 ke RM400 kepada 542,000 pesara.

'Dalam pelaksanaan'

bn achievement ad 070308 Motto BN “Keselamatan. Keamanan. Kemakmuran” bagi pilihanraya umum kali ini jelas berbeza dengan slogan manifestonya pada 2004 "Cemerlang, gemilang, terbilang".

Tujuh lagi perkara dalam senarai tersebut termasuk dalam kategori "Dalam Pelaksanaan". Ia termasuk:

* Menjana lebih dua juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa lima tahun.

* Lima pelan pembangunan koridor ekonomi akan menjana pertumbuhan yang sekata, dan membuka peluang pelaburan serta pekerjaan ke serata negara.

* Memupuk dan membantu 1 juta syarikat dan usahawan IKS dalam masa lima tahun.

* Meneruskan usaha merapatkan jurang digital dan meningkatkan penembusan perkhidmatan internet jalur lebar melalui Pelan Lebar Negara.

* Menaiktaraf teknologi komunikasi, peralatan senjata, kenderaan alat bantuan teknikal serta program-program latihan pasukan polis.

* Memberi fokus sumber dan operasi di kawasan-kawasan cenderung jenayah di serta negara.

Selepas pilihanraya umum 2004 telah menyaksikan pertingkatan mendadak dalam kes-kes jenayah di negara ini, yang mana mangsanya termasuk kanak-kanak, pembunuhan kejam dan kes rompakan yang mencetuska rasa takut di kalangan rakyat.

Oleh itu, langkah untuk meningkatkan operasi polis diharap dapat memenuhi tuntutan rakyat dalam mempertingkatkan keadaan keselamatan negara.

Perhimpunan anjuran Hindraf yang dihadiri 30,000 rakyat dari kaum India pada 25 November lalu yang telah memberi kesan yang besar, di mana BN kali ini turut menyenaraikan janji untuk menyediakan lebih banyak biasiswa kepada pelajar universiti dari golongan miskin tanpa mengira kaum.

Perkara dalam kategori 'Dalam Pelaksanaan' itu menyentuh soal pendidikan, keselamatan, mewujudkan pekerjaan dan menambahbaikan pasukan polis, tetapi ia tidak menyebut langsung tentang perkara yang menjadi tumpuan rakyat - peningkatan kos hidup.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS