Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Krisis 1988: Karpal dedah surat Mahathir
Diterbitkan:  Apr 9, 2008 8:45 PM
Dikemaskini: 2:51 PM

Pengerusi DAP Karpal Singh mendedahkan dua pucuk surat antara beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung tuduhannya bahawa mantan perdana menteri itu bertanggungjawab dalam tragedi kehakiman 1988.

judiciary forum lingam tape 171107 salleh abbas palace of justic Dalam suratnya, Karpal mendakwa Dr Mahathir telah menyalahgunakan peruntukan Perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk menubuhkan dua tribunal bagi membicarakan ketua hakim negara waktu itu Tun Mohd Salleh Abbas dan hakim-hakim kanan.

"Pada pandangan saya, anda seorang diri telah memusnahkan badan kehakiman yang sehingga kini (imej baiknya di rantau ini) gagal dipulihkan," surat Karpal tanggal 27 Mac dipetik.

"Jadi wajarlah sangat anda memohon maaf. Tindakan anda telah menyebabkan hakim-hakim itu dan anggota-anggota keluarga mereka keperitan dan kepayahan yang sukar digambarkan."

Surat ini dikirim susulan keengganan Dr Mahathir berbuat demikian beberapa hari sebelumnya apabila wujud cadangan agar kerajaan BN memohon maaf kepada Salleh dan hakim-hakim itu atas tragedi 20 tahun lalu.

court Cadangan itu, pertama kali disarankan menteri baru di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, ditolak oleh kabinet.

Bagaimanapun, Karpal mencadangkan Dr Mahathir - bukan pentadbiran perdana menteri kini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - memikul tanggungjawab memohon maaf atas krisis tersebut kerana ia terjadi sewaktu pentadbirannya.

Dr Mahathir bagaimanapun enggan berbuat demikian seperti gesaan Karpal, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, secara terbuka dan juga melalui surat peribadi itu.

Malah, dalam jawapannya melalui surat bertarikh 3 April, Dr Mahathir menggelarkan peguam terkenal itu "the most contemptible of politicians and individuals" (orang dan ahli politik yang paling hina).

"Anda dan penentang saya tidak pernah mahu percaya walau apa pun penjelasan saya. Anda didorong oleh kebencian semata-mata dan saya tidak boleh menjawab kepada mereka yang enggan menerima kenyataan.

"Saya menjalankan tugas dalam bidang dan tanggungjawab saya, dan saya tidak terhutang untuk memohon maaf kepada sesiapa," tulis Dr Mahathir.

"Saya pasti anda akan menggunakan surat ini untuk mencemarkan lagi nama saya. Itu terpulang kepada anda. Itu menjadi hak anda. Saya fikir andalah orang dan ahli politik yang paling hina."

ADS