Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

MIC mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Parti, komponen ketiga terbesar dalam BN, kalah 18 daripada 28 kerusi yang ditandinginya, dan hampir semua pemimpin tertingginya kecundang.

Malah, presidennya sendiri Datuk Seri S Samy Vellu kecundang di parlimen Sungai Siput yang menjadi kubu kuatnya sejak tiga dekad lalu.

Moral ahli-ahli parti utama kaum India itu menjunam dan akar umbinya kini tertanya-tanya mengenai masa depan mereka.

samy vellu interview 160408 01 Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur semalam, Samy Vellu berkata, beliau sudah dapat merasai kedatangan "ombak besar" sehingga parti itu kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu.

Ditanya sama ada beliau merupakan faktor penyumbang kepada prestasi buruk parti tersebut, pemimpin berusia 72 tahun itu sebaliknya menuding jari kepada kerajaan.

"Saya tahu mengapa (kita) kalah teruk. Ia kerana kerajaan (BN) mengabaikan masyarakat India.

"Saya tidak pernah berhenti memperjuangkannya dan saya nampak ia (kekalahan itu) akan berlaku.

"Enam bulan sebelum pilihanraya, saya menemui perdana menteri dan memberitahu beliau 'saya mempunyai program pendek untuk tempoh tiga tahun akan datang. Bolehkah Datuk Seri beri peruntukan untuk menaikkan moral parti di kalangan orang India'.

"Mula-mula beliau berkata, 'saya akan timbang', kemudian beliau berkata, 'tidak', beliau tidak dapat memberi (peruntukan).

"Jadi sejak itu saya terfikir, 'apa yang boleh kita lakukan?' "

Menurut Samy Vellu lagi, keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu adalah "satu ombak besar perubahan".

Baca berita penuh

ADS