mk-logo
Berita
PDRM nafi pembunuhan rahsia
Diterbitkan:  Apr 16, 2008 9:49 AM
Dikemaskini: 9:51 AM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan bahawa Malaysia adalah antara Negara yang mengamalkan pembunuhan secara rahsia bagi mengawal bagi mengawal statistic jenayah tahunan.

Timbalan Ketua Polis, Datuk Ismail Omar menyifatkan dakwaan Amnesty International (AI) - sebuah pertubuhan hak asasi manusia - itu sebagai tidak berasas.

Katanya, PDRM sentiasa menjalankan tugas dengan profesional dan penyiasatan adalah bersifat terbuka.

"Ini tidak betul... isu berkenaan tidak seharusnya dikaitkan dengan Malaysia," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur ketika diminta mengulas mengenai dakwaan AI itu.

Dakwaan itu terkandung dalam laporan tahunan 2007 AI yang dikeluarkan di London semalam. Selain Malaysia, ia turut menyenaraikan Mongolia dan Vietnam.

Bernama memetik Ismail sebagai berkata, prinsip PDRM adalah menjalankan tugas secara telus dan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan.

Ditanya sama ada PDRM akan menghubungi AI untuk mendapat penjelasan sebenar berkenaan laporan itu, Ismail berkata: "Kita perlu rujuk Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Syed Hamid Albar) terlebih dahulu sebelum memutuskan sebarang keputusan".

Bagaimanapun, Ismail berkata beliau belum menerima sebarang maklumat daripada pertubuhan berkenaan berhubung kenyataan itu.

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini