Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Masyarakat Cina berharap ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak akan menjulang lagi keris, kata rakan sejawatnya dari MCA, Datuk Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, isu keris memberi persepsi tidak baik kepada masyarakat majmuk.

liow tiong lai Liow berkata Pemuda MCA menyambut baik kesediaan Hishammuddin untuk meminta maaf berhubung isu keris.

"Ini satu perubahan yang penting," katanya sambil menyifat pengakuan Hishammuddin itu sebagai satu keputusan yang berani.

"Kita telah membangkitkan dan membincangkan persepi rakyat yang tidak positif mengenai isu keris," kata Liow selepas mesyuarat jawatankuasa Pemuda BN petang tadi.

Beliau berkata Pemuda MCA telah membuat cadangan-cadangan untuk mengukuhkan BN.

"Kita menyambut baik kesediaan Datuk Seri Hishammuddin minta maaf mengenai isu keris.

Nilai semula

"Kita mahu menilai semula apa yang telah berlaku, dan tidak mahu sakitkan hati mana-mana pihak.

"Tidak adil untuk Datuk Seri Hishammuddin melepaskan tanggungjawab ketua Pemuda Umno dan BN dalam keadaan pelbagai isu yang dimainkan oleh pembangkang," kata Liow.

Sehubungan itu, beliau yang juga menteri kesihatan berkata BN perlu menilai semula persepsi negatif masyarakat itu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataan presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting bahawa isu ketuanan Melayu sudah tidak sesuai dalam masyarakat hari ini, Liow berkata:

"MCA sebagai sebuah komponen BN, tidak memainkan politik perkauman.

"Tetapi MCA adalah untuk politik pelbagai kaum. Inilah hasrat MCA, kita memperjuangkan kepentingan semua kaum kerana BN memperjuangkan semua kaum."

ADS