Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mukhriz: Najib pun boleh cabar presiden
Diterbitkan:  Apr 26, 2008 9:16 PM
Dikemaskini: 11:39 PM

Ahli exco pergerakan Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir mengalu-alukan hasrat bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan presiden Umno pada pemilihan parti itu akhir tahun ini.

Beliau berkata, pertandingan itu mestilah dijalankan dengan syarat tanpa mengamalkan politik wang, berhemah dan tidak memecahbelahkan perpaduan parti.

"Bukan sahaja Tengku Razaleigh boleh bertanding untuk jawatan presiden tetapi juga timbalan presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan naib-naib presiden," katanya kepada pemberita di majlis 'Pilihanraya umum ke-12 Barisan Nasional hilang sokongan pengundi muda: Di mana silapnya', sebagai tetamu kehormat, di Machang hari ini.

Menurut laporan Bernama , ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh sebelum ini mengumumkan hasratnya untuk bertanding merebut jawatan presiden Umno.

Mukhriz berkata kesediaan mereka tidak perlu dihalang dan patut diberi peluang untuk membolehkan perwakilan Umno memilih calon yang benar-benar layak bagi memulihkan kekuatan Umno yang tercalar berikutan kekalahan teruk pada pilihanraya ke-12 pada 8 Mac.

Beliau sebelum ini mengisytiharkan akan bertanding bagi mengisi jawatan ketua pergerakan itu yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

ADS