Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang lagi pimpinan Umno bahagian Pulai kecewa dengan tindakan ketua bahagian tersebut, Datuk Nur Jazlan Mohamed keana tidak menyertai ‘Program Percambahan Minda 2008' anjuran majlis permuafakan akar umbi Umno bahagian itu Ahad lalu.

Naib ketua bahagian tersebut, Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat mendakwa, ia menunjukkan bahawa Nur Jazlan tidak mahu mendengar suara daripada akar umbi.

Isnin lalu, Nur Jazlan menyuarakan rasa kesalnya dengan tindakan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Datuk Hamzah Zinuddin, merasmikan program percambahan minda 2008 di Pulai yang menurutnya diadakan tanpa restu Umno bahagian.

Ahli parlimen Pulai itu berkata, majlis tersebut tidak mendapat restu dari beliau saya sebagai ketua bahagian atau jawatankuasa Umno bahagian.

Nur Jazlan dilaporka berkata, Umno bahagian Pulai tidak akan nur jazlan mohamed mengadakan mesyuarat khas perwakilan (EGM) jika ia hanya bertujuan semata-mata untuk menjatuhkan atau mencari kesalahan pucuk pimpinan parti.

Semalam, pengarah program tersebut yang juga ketua cawangan Danga, Mohd Yunos menjawab kenyataan Nur Jazlan dengan menjelaskan bahawa program tersebut dianjurkan niat yang ikhlas dan tidak bertujuan mengejar populariti.

Mohd Yunos berkata, kepimpinan dan ahli di akar umbi mengambil inisiatif mengadakan program itu semata-mata bertujuan untuk mencari rumusan konkrit punca kekalahan BN dan kaedah menenangkan hati rakyat dari akar umbi, melalui satu program yang tertib dan ilmiah iaitu bengkel dan sidang pleno.

Dalam kenyataannya itu juga, Mohd Yunos menyifatkan Nur Jazlan takut dengan banyang-bayang sendiri.

Restu bahagian

Mengulas lanjut mengenainya, Tengku Putra Haron memberitahu Malaysiakini bahawa soal restu bahagian tidak timbul.

ehubungan itu, beliau merujuk kepada tulisan Jazlan bertajuk When the honymoon is over... dalam laman web Malaysian Insider pada 16 April lalu, yang meminta perdana menteri mengundur diri.

engku Putra juga merujuk kepada kenyataan ketua bahagian bahagian itu dalam laporan akhbar The Star bertarikh 23 April lalu, di mana Nur Jazlan mencadangkan kuota 30 peratus untuk pencalonan pemilihan parti dikurangkan.

Mengikut Tengku Putra, pandangan itu juga tidak dibincangkan dan tidak mendapat restu Umno bahagian.

Katanya, mesej yang ingin disampaikan oleh Nur Jazlan juta tidak sampai kepada orang Umno terbanyak.

"Beliau menulis dalam bahasa Inggeris di internet ( Malaysian Insider ), berapa orang Umno membacanya? Adakah dia mahu popular di kalangan orang India dan Cina," kata Tengku Putra yang juga pengerusi jawatankuasa pelajaran Umno bahagian.

"Saya tidak persoalkan pandangan dia, tetapi tindakan beliau membelakangkan bahagian. Kalau dia menyatakan bahawa itu pandangan peribadinya, tak apa," kata Tengku Putra kepada Malaysiakini semalam.

Perlu adakan EGM

Katanya, jika beliau benar-benar mahukan perdana menteri meletakkan jawatan, maka ia mesti dilakukan melalui saluran yang betul.

ehubungan itu, Tengku Putra berkata tindakan Umno Danga dan majlis permuafakan akar umbi Umno menganjurkan program tersebut sepatutnya dipuji.

Beliau juga menyokong bahagian mengadakan EGM untuk menyatakan pandangan bahagian mengenai perkara itu.

"Ini adalah saluran yang betul," tambah Tengku Putra.

Sementara itu, bendahari pemuda bahagian, Yusof Ashari pula berkata, dalam pilihanraya umum lalu, undi untuk Umno di Pulai telah merosot.

"Tetaapi bahagian tidak buat apa program pun untuk mengkaji hal ini (kemerosotan undi Umno)," tambahnya.

Mengikut beliau, program Ahad lalu itu tidak mempunya niat lain, selain memfokuskan perbincangan terhadap masalah setempat parti di Pulai sahaja.

Mengikut Yusof lagi, kepimpinan Umno Pulai terbahagi kepada dua kumpulan yang pro-ketua bahagian sekarang dan sebahagian lagi tidak.

Beliau mendakwa, berpunca, antaranya, ialah tindakan peminggiran pergerakan pemuda dan puteri oleh ketua bahagian.

Beliau juga menyifatkan ketua bahagian tidak berperanan dan tidak boleh ditegur.

Malaysiakini menerima rumusan program Ahad lalu dari setiausaha program tersebut, Saiful Sidek Abdullah.

Tujuh rumusan

Mengikut dokumen itu, majlis berkenaan membuat tujuh rumusan berkaitan kekalahan dan kemerosotan undi BN dalam pilihanraya lalu, antaranya:

bullet button Punca kekalahan BN melibatkan pelbagai pihak termasuklah dari pemimpin, pengurusan yang lemah dan masalah dalaman parti itu sendiri .

bullet button Kaedah memenangi hati rakyat semula meliputi integrasi pemimpin/ kerajaan , pembangunan dan juga golongan muda

bullet button Tempoh pemilihan pemimpin perlu diadakan dalam tempoh yang singkat dan tidak terlalu lama sehingga menjadikan pemimpin leka.

bullet button Isu yang dihadapi oleh pemimpin Umno Cawangan di peringkat akar umbi apabila terpaksa berdepan dengan semua pihak terutamanya dalam perlaksanaan penyelesaian masalah penduduk dan kerenah birokrasi dari pemimpin atasan.

bullet button Dalam menangani tohmahan/fitnah pembangkang melalui media perlu melibatkan peranan orang berilmu dalam Umno, terutamanya dalam media alternatif.

bullet button Kesan pembangunan mega kepada sosioekonomi dan geo-politik meliputi hak-hak orang Melayu di kawasan pembangunan mega.

bullet button Sensitiviti umat Melayu dilihat dalam aspek Islam, ekonomi, kebudayaan dan politik

Nur Jazlan tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara tersebut.

ADS