Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sebanyak 130 unit rumah di Apartmen Abdullah Hukum setinggi 14 tingkat, masih tidak dihuni dan penduduk di situ kini bertanya-tanya bila dan siapakah yang sepatutnya mendapat rumah tersebut.

Malaysiakini difahamkan bahawa permohonan untuk menduduki untuk peringkat ketiga bagi mengisi kekosongan tersebut telah dimohonkan sebelum tahun 2004 tetapi, penduduk masih lagi tertanya-tanya

tentang status mereka.

abdullah hukum apartment 240508 eswary Menurut seorang penduduk, Eswari a/p Raghavan,32, beliau telah pergi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk bertanyakan status permohonan beliau dua minggu lepas, tetapi tidak mendapat jawapan yang memuaskan.

"Nama (mendiang) suami saya ada tapi belum diundi untuk masuk kerana jawatankuasa belum buat keputusan untuk cabut undi," katanya.

Beliau telah ditawarkan oleh DBKL untuk menyewa di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PRRT) di Pantai Dalam tetapi tidak mampu untuk membayarnya.

abdullah hukum apartment 240508 signboard "Sekarang saya menetap bersama ayah dan ibunya di apartmen ini sejak lima bulan lalu bersama dua orang anaknya. Saya bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan," jelasnya.

Seorang lagi penduduk, Syukor Othman, 33, pula menjelaskan bahawa arwah kakaknya pernah memohon untuk menduduki apartmen itu pada tahun 2006 tetapi tidak berjaya.

Proses pengagihan

"Kakak saya pernah memohon untuk menetap di sini selepas berkahwin, tetapi tak dapat," katanya ketika ditemui Malaysiakini hari ini.

kg abdullah hukum dbkl protest memo 230508 roslan mat Sementara itu, ketua Cawangan PKR Kampung Abdullah Hukum, Roslan Mat, berkata proses pengagihan rumah tersebut dibuat melalui cabutan undi.

Jelasnya, proses pengagihan rumah ini melibatkan lima peringkat dan peringkat satu, dua, empat dan lima, sudah selasai.

Menurutnya, hanya peringkat ketiga sahaja yang ada masalah.

"Sebelum masuk, kita mengadakan cabutan undi. Rumah itu dijanjikan untuk diberikan kepada penduduk (asal) yang berkeluarga dan yang telah berkahwin," jelasnya.

Menurutnya, beliau bersama dengan wakil penduduk serta seorang peguam, telah menemui seorang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Puan Rashidah pada 1 April lalu untuk mendapatkan penjelasan mengenai proses pengagihan peringkat ketiga.

Dalam pertemuan tersebut, katanya, Puan Rashidah menyatakan proses pengagihan rumah bagi peringkat ketiga telah ditukar kepada sistem perumahan terbuka (SPT).

Tiada jawapan

"Saya bertanya kepada beliau, adakah melalui sistem ini, orang luar (yang berdaftar dengan DBKL) dari luar Kampung Abdullah Hukum, juga boleh dapat rumah di situ, beliau menjawab, ya, dapat.

abdullah hukum apartment 240508 houses "Saya juga bertanya sama ada rumah ini (130 unit) untuk tujuan pemindahan penduduk atau untuk tujuan jual beli. Tiada jawapan yang diberikan oleh beliau," jelas Roslan.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan dapat mengeluarkan senarai penuh penghuni apartmen bagi semua peringkat.

Semalam, Roslan besama-sama kira-kira 20 penduduk kampung terbabit telah menyerahkan memorandum kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Memorandum itu diserahkan kepada Pegawai Khas kepada Datuk Bandar, Encik Shaari Ahmad Junid.

Dalam memorandum tersebut, mereka menuntut agar Apartmen Abdullah Hukum hanya diserahkan kepada penduduk Kampung Haji Abdullah Hukum sahaja dan tidak diagihkan kepada orang luar.

"Kita mahu pihak menteri menyiasat nama seluruh penduduk dalam semua peringkat (pengagihan) sama ada mereka penduduk kampung Haji Abdullah Hhkum atau tidak dan kita mahukan ketelusan dan kejujuran daripada pihak menteri untuk siasat perkara ini," jelasnya.

ADS