Kabinet arah jalan BMC dibuka

   

Kabinet hari ini mengarahkan supaya jalan akses yang digunakan oleh penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) bagi mengelak membayar tol di Lebuhraya Cheras-Kajang dibuka kepada lalulintas.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini dan berkuatkuasa serta-merta.

bandar mahkota cheras road opened 300108 02 Pengerusi Jawatankuasa Buka Jalan BMC, Tan Boon Hwa berkata, beliau telah dimaklumkan oleh menteri pengangkutan Datuk Ong Tee Keat mengenainya tengah hari tadi.

Menteri kerja raya Datuk Mohd Zin Mohamed kemudiannya membuat pengumuman rasmi mengenainya apabila mengadakan pertemuan dengan kira-kira 300 penduduk taman perumahan tersebut.

Katanya, jalan akses itu akan dibuka serta-merta dan syarikat konsesi tol Grand Saga akan diarahkan memperbaiki jalan tersebut.

Mohd Zin bagaimanapun tidak pasti sama ada jalan akses akan dibuka untuk sementara atau secara kekal.

bandar mahkota cheras road opened 300108 10 Katanya, ia akan bergantung kepada keputusan kes mahkamah antara pemaju perumahan itu Narajaya Sdn Bhd dan Grand Saga.

Hadir sama ialah pengarah eksekutif Grand Saga, Zainal Abidin Ali.

Mohd Zin berkata, dianggarkan 10,000 kenderaan menggunakan jalan akses tersebut setiap hari. Ini bermakna Grand Saga akan kehilangan RM9,000 sehari, atau kira-kira RM3.3 juta setahun.

Grand Saga diberi konsesi selama 20 tahun untuk menguruskan lebuhraya tersebut, dan ia mungkin meminta kerajaan membayar pampasan bagi kehilangan pendapatan tersebut.

Pertikaian berhubung tindakan syarikat itu membina benteng menutup jalan akses berlarutan sejak tiga tahun lalu tetapi ia sampai ke kemuncaknya pada 21 April lalu apabila penduduk di situ, dengan sokongan beberapa ahli exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat, bertindak memusnahkan benteng yang dibina pada 2005.

Grand Saga kemudiannya membina semula benteng di situ, tetapi penduduk bertindak memusnahkannya semula.

Bagaimanapun, percubaan Grand Saga untuk membina benteng konkrit setinggi tiga kaki - bagi kali ketiga - pada malam 8 Mei lalu terganggu, apabila polis melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penduduk yang berhimpun di situ.

cheras mahkota road grand saga barricade 270508 new barricade Empat hari kemudiannya, penduduk gagal mendapatkan perintah daripada Mahkamah Tinggi untuk menghalang syarikat konsesi lebuhraya itu mendirikan semula benteng konkrit tersebut.

Selepas mahkamah membuat keputusan yang memihak kepada Grand Saga, Zainal Abidin mengeluarkan notis tiga hari lalu bahawa benteng konkrit akan dibina semula di situ dan berharap orang ramai tidak

mengengkari penghakiman mahkamah.

Bagaimanapun, kelmarin, penduduk BMC sekali lagi bertindak membuang semula benteng tersebut yang menutup jalan akses tersebut.

Malaysiakini
terkini untuk anda