Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sepertiga exco Pemuda tidak setuju dengan pucuk pimpinan

Kira-kira sepertiga daripada pemimpin dari kalangan exco pergerakan Pemuda Umno, tidak pernah setuju dengan pucuk pimpinan utama parti itu sekarang, kata Exconya Datuk Sazmi Miah.

Ketika mendedahkan perkara itu, beliau berkata, ini menunjukkan pemimpin-pemimpin pergerakan itu bukan dayus.

Sebaliknya, kata bekas setiausaha parlimen kementerian sumber asli dan alam sekitar, "masih ramai singa dalam Pemuda Umno".

tiga exco pemuda umno sokong mukhriz Baru-baru ini tiga ahli exco Pemuda Umno - Harisson Hassan, Kamarulzaman Kamdias dan Azizul Nizam Bidin - menghadiri sidang akhbar seorang lagi exco pergerakan itu, Datuk Mukhriz Mahathir yang mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan.

Sazmi juga mendedahkan bahawa ada di kalangan pemimpin Umno yang menasihatkannya supaya jangan menghadiri majlis hari ini yang dinamakan 'majlis suntikan semangat satria' di Petaling Jaya hari ini.

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyampaikan ucaputama di majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 500 orang, di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Bagaimanapun, katanya, beliau hadir juga kerana ingin mendengar sendiri suara-suara rakyat terhadap kepimpinan parti hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, Umno memerlukan golongan tertentu yang boleh melakukan perubahan dari dalam.

Beliau berkata, golongan tersebut boleh membaiki Umno dalam menangani pelbagai permasalahan yang sedang berlaku sekarang.

Sistem kouta

“Apa sahaja perubahan dalam parti saya setuju,” katanya.

sazmi miah Sazmi (foto) juga berkata, kemasukan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor tidak pernah dirujuk kepada Pemuda.

“Ini yang menjadi permasalahan dalam parti sekarang,” katanya sambil menambah sistem kuota dalam pemilihan jawatan parti juga perlu dihapuskan.

Sazmi berkata, apa yang berlaku hari ini ialah kerana ikatan di dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah tidak kuat lagi.

Berikutan itu, tegasnya, pemimpin perlu mencari satu ikatan yang baru berdasarkan perkembangan isu-isu semasa,

“Jika tidak ada ikatan, kita akan terus terumbang ambing seperti hari ini kerana ikatan dalam komponen BN sudah terlerai.

“Saya bimbang BN hanya diterajui oleh Umno sahaja menghadapi pilihanraya umum akan datang, manakala parti-parti lain keluar dari BN,” katanya.

Sazmi menegaskan beliau perlu berjuang dalam Umno untuk membetulkan sebarang kerosakan yang berlaku dalam parti itu.

ADS