Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan membahagi-bahagikan beras, susu dan gula secara percuma mulai Jumaat kepada rakyat Selangor yang berpendapat di bawah RM1,500 sebulan, sempena sambutan 100 hari pentadbirannya.

Exco Kebajikan Negeri, Dr A Xavier Jayakumar berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bahan-bahan tersebut akan dibahagi-bahagikan melalui seluruh Dewan Undangan Negeri di Selangor.

Katanya, bagi kawasan yang dimenangi Pakatan, bahan-bahan tersebut akan diedarkan melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Manakala di 20 kawasan yang dikuasai Barisan Nasional (BN), ia akan dibahagi-bahagian melalui exco kerajaan negeri.

Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata, setiap DUN akan menerima 800 beg, yang masing-masing berisi lima kilogram beras, setin susu dan satu kilogram gula.

Bulan lalu, Dr Xavier dilaporkan berkata, golongan miskin di Selangor akan mendapat bantuan beras bagi menampung kenaikan harga makanan ruji itu.

Untuk itu, beliau dilaporkan berkata, kerajaan negeri akan membelanjakan RM500,000 untuk membeli beras untuk dibahagikan kepada golongan miskin di Selangor.

ADS