mk-logo
Berita
S'gor gugurkan naib canselor Unisel
Diterbitkan:  Jun 27, 2008 2:48 PM
Dikemaskini: 3:52 PM

Menteri besar Selangor menamatkan khidmat naib canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus mulai hari ini.

Walaupun surat daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa 31 Julai, beliau telah diberikan sebulan cuti dengan gaji penuh, kata Dr Mohd Razali.

Surat dengan sebulan notis itu daripada menteri besar selaku pengerusi Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB).

"Surat itu juga tidak dinyatakan sebarang alasan berhubung penamatan perkhidmatan saya," kata Dr Mohd Razali.

Beliau belum disahkan jawatan sebagai naib canselor walaupun sudah 11 bulan memegang jawatan itu, lapor Bernama .

najib and rosmah Tambahnya, perkembangan mengejutkan itu belum sempat dimaklumkan kepada canselor Unisel, Rosmah Mansor yang juga isteri timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mohd Razali berkata beliau menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung pemecatan itu.

Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS