Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

kemaskini 8:45pm Empat lagi, termasuk tiga pemimpin Angkatan Muda PKR (AMK) Terengganu, dipanggil polis bagi siasatan perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di bandar negeri itu pada 20 Jun lalu.

Timbalan ketua AMK Fariz Musa memberitahu Malaysiakini , mereka yang ditahan:

bullet button Muzafeq Mohamad, timbalan ketua AMK Terengganu

bullet button Saado Mohd Noor, exco AMK negeri

bullet button Aminudin Abu Sari, pegawai Fariz (juga ketua AMK negeri), dan

bullet button seorang anggota PAS yang dikenali Bustamam.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 raja laut Kesemua mereka disiasat lebih dua jam oleh cawangan siasatan jenayah di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu, katanya.

Mereka, yang berada di situ mulai 12.30 tengah hari, dibebaskan dengan jaminan polis.

Pada hari perhimpunan di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu dua minggu lalu, Fariz sendiri ditahan polis selama tiga jam untuk siasatan.

Ketua AMK Besut, Abdul Ghani Jaafar yang menyertai perhimpunan itu dijangka menyerah diri di balai polis yang sama esok.

Muzafeq memberitahu Malaysiakini , beliau dipanggil semula kerana polis "tidak berpuas hati" dengan keterangannya hari ini.

Beliau bercadang bertemu polis esok.

Fariz pula dikehendaki melapor diri semula pada 6 Julai, hari Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), termasuk angkatan muda PKR, akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran di Petaling Jaya.

Sabtu lepas, polis menahan enam orang peserta program berjalan secara aman membantah kenaikan harga minyak di ibu negara anjuran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) dan disertai oleh Angkatan Muda PKR, Pemuda PAS dan Pemuda DAP.

kpg melayu ampang mosque protes petrol price hike 200608 02 Mereka yang ditahan ialah termasuklah setiausaha AMK Zulfiqar Ali Arifin, ketua Ikatan Kebajikan Rakyat (Ikrar) Mustafa Mansor, setiausahanya Muhammad Hidhir Khalid, aktivis AMK Norsharizal Abd Razak, dan ahli Kelab Anwar Ibrahim (AIC) Mohd Herman Muhammad.

Mereka yang ditahan di kompleks membeli-belah Sogo ditahan selepas jam 5 petang.

Keenam-enam disoal siasat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi selama enam jam dan dibebaskan pada 12 tengah malam.

Mereka dibebaskan dengan seorang penjamin, iaitu ketua AMK Wilayah Persekutuan, Md Zaman Md Tasi.

Beliau memberitahu Malaysiakini hari ini, polis akan memaklumkan tarikh mereka akan melapor diri semula ke balai polis tersebut.

Geramm bersama Protes akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran di depan kompleks membeli-belah Amcorp Mall pada pagi Ahad ini.

Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan dengan tuduhan panas saat ini, Pakatan Rakyat kelmarin menggesa semua pihak menumpukan isu kenaikan harga minyak - khususnya menyertai perhimpunan tersebut.

"Pakatan Rakyat akan turut hadir bersama gabungan Protes ... untuk memberi sokongan penuh kepada rakyat," kata presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dalam satu kenyataan bersama.

ADS