Berita Malaysiakini

Anwar: Tubuh s'jaya siasatan diraja

Jimadie Shah Othman  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

kemaskini 7:15pm Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pendedahan penyiasat persendirian dalan akuan berkanunnya mempunyai implikasi serius apabila kredibiliti polis, pejabat peguam negara dan badan kehakiman telah tercemar.

Ketua umum PKR berkata, kenyataan P Balasubramaniam hari ini telah mengesahkan "apa yang telah kita katakan selama ini; tiada siasatan yang sempurna dilakukan terhadap pembunuhan Altantuya (Shaariibuu)".

anwar ibrahim press conference 030708 03 Sehubungan itu, Anwar menuntut penubuhan sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut bekas anggota polis berpengalaman itu.

Akuan berkanun bekas anggota Cawangan Khas itu, kata mantan timbalan perdana menteri itu, mengesahkan dengan jelas dan konsisten bentuk manipulasi sistem keadilan jenayah "yang telah kita saksikan di negara ini sejak 1998".

Akaun berkanun - setebal 16 halaman itu yang dibuat pada 1 Julai - turut diedarkan di sidang media Anwar di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya tengah hari ini.

Balasubramaniam hadir bersama peguamnya Americk Sidhu. Naib presiden PKR dan peguam Sivarasa Rasiah turut hadir.

Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam mendakwa wujud maklumat yang mengaitkan Altantuya dengan timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

(Timbalan perdana menteri sebelum ini beberapa kali menafikan beliau mengenali wanita Mongolia itu dan juga menafikan sebarang kaitan dengannya. Hari Najib turut mengulangi penafiannya .)

Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu pada pertengahan November 2006, turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Anwar yang kini berdepan siasatan isu liwat berkata, akuan ini membuktikan bahawa polis dan pihak pendakwa telah menyembungikan maklumat yang relevan dengan kes tersebut.

Tokoh pembangkang itu bimbang bahawa pihak berwajib akan melakukan perkara yang sama dalam siasatan kes liwat terhadapnya sekarang - susulan aduan polis bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Selasa lalu, Anwar membuat laporan polis terhadap ketua polis negara Tan Sri Musa Hasaan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dengan mendakwa mereka berbuat mengetahui usaha memalsukan bukti dalam kes beliau ditumbuk Tan Sri Rahim Noor, ketua polis negara waktu itu, pada 1998.

Timbalan perdana menteri sebelum ini beberapa kali menafikan beliau mengenali wanita Mongolia itu dan juga menafikan sebarang kaitan dengannya.