Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib ketua Pemuda Umno cawangan Taman Widuri Indah, S Musliadi Sabtu berkata, beliau menyertai PKR malam tadi kerana yakin dengan perjuangan parti itu untuk menegakkan keadilan.

pemuda umno rembau PKR "Dalam Umno saya tidak boleh bercakap mengenai kebenaran. Saya masuk PKR kerana hendak memberi kesedaran kepada Umno.

"Saya masuk bukan kerana desakan sesiapa tetapi atas keyakinan sendiri terhadap PKR," kata Musliadi (kaanan) ketika dihubungi hari ini.

Katanya, beliau telah menyerah borang keahlian PKR kepada Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrain Abbas dalam satu majlis ceramah di Ampangan, Seremban malam tadi.

Di majlis tersebut juga, katanya, beliau telah menanggal dan membuang baju Pemuda Umno dan memakai baju PKR.

Tindakan Musliadi membuang baju Pemuda Umno itu disambut dengan sorakan gemuruh para hadirin yang dianggarkan seramai 9,000 orang.

Mengulas lanjut mengenainya, Musliadi berkata: "Saya tidak gila kuasa tetapi saya masuk PKR kerana keyakinan saya terhadap parti itu."

Minggu lalu, Musliadi mengadakan sidang akhbar bersama dengan Norazizi A Aziz dari PKR di sebuah restoran kerana menganggap tuduhan terbaru liwat terhadap Anwar Ibrahim sebagai "konspirasi politik" terhadap mantan timbalan perdana menteri itu.

Bersama lebih 10 penyokongnya, Musliadi mendakwa penyokong-penyokong partinya di peringkat akar umbi menolak tuduhan terhadap ketua umum PKR itu.

"Sebenarnya bukan saya seorang yang menolak isu ini tetapi ramai lagi yang tidak percaya dengan berita itu (laporan polis Anwar meliwat).

"Tetapi saya faham, mereka masih terikat dan rasa takut (serta) demi menjaga kelangsungan politik Umno."

"Saya hadir hari ini bukan untuk menyertai PKR mahupun menyokong Pakatan Rakyat. Tetapi ada banyak isu lain yang sepatutnya diberi keutamaan (oleh Umno)," katanya semalam, mengulangi pendiriannya dalam sidang akhbar di Senawang minggu lalu.

[Saksi video]

ADS