Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Piala Monsun tidak jadi tahun ini?
Diterbitkan:  Aug 11, 2008 6:21 PM
Dikemaskini: 12:20 PM

Nasib kejohanan Piala Monsun hujung tahun ini masih tidak menentu apabila penganjurnya T-Best Events, setakat ini, tidak mengadakan rundingan dengan kerajaan Terengganu, kata menteri besar Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

"Tiga bulan lepas, penganjur ada berjumpa dengan saya berbincang mengenai Piala Monsun dan mereka minta kerajaan negeri menambah peruntukan berbelas juta untuk menganjurkan kejohanan itu tahun ini.

monsoon cup 260906 ships sailing boats "(Namun) selepas itu mereka diam dan setakat ini saya tidak tahu mengenai perkembangan kejohanan itu sama ada ia diadakan atau tidak," katanya, lapor Bernama hari ini.

Agensi itu melaporkan, kejohanan kapal layar di kuala Sungai Terengganu bagi tahun ketiga "mungkin tidak akan diadakan berikutan tiada persiapan yang dilakukan penganjur."

Kejohanan itu yang diperkenalkan pada 2006 dikendalikan oleh penganjur berkenaan - sebuah anak syarikat TDM Berhad - bawah perjanjian antara kerajaan negeri dan World Match Racing Tour.

Ahmad menambah, penganjur kejohanan itu meminta kerajaan Terengganu menyediakan peruntukan lebih tinggi tahun ini kerana mendakwa mengalami kerugian tahun lepas.

ADS