BERITA

Pukul jurugambar: Ketua bahagian PKR ditahan

Diterbitkan
Dikemaskini 21 Ogs 2008, 5:00 pagi

Seorang pemimpin bahagian PKR telah ditahan hari ini berhubung dengan insiden dua jurufoto dipukul di Permatang Pauh Sabtu lalu.

Mohd Nor Kamil Abdul Samad, 39, ditahan ketika dia pergi ke ibupejabat balai polis Sentul pada kira-kira jam 2.30 petang tadi selepas melihat gambarnya disiarkan dalam akhbar hari ini.

Gambar timbalan ketua PKR bahagian Batu itu dihantar oleh pihak polis untuk disiarkan oleh media. Dinyatakan bahawa beliau dikehendaki untuk membantu siasatan insiden tersebut.

Menurut peguamnya, Ngeow Chow Ying, Nor Kamil pergi ke balai polis tersebut secara sukarela selepas berbincang dengan pemimpin parti.

Katanya, Nor Kamil bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam siasatan insiden tersebut.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.