Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liow tanding naib presiden MCA
Diterbitkan:  Sep 4, 2008 9:29 AM
Dikemaskini: 11:11 AM

Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai menjadi pemimpin kanan ketiga MCA yang menawarkan diri bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan MCA 18 Oktober depan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan maklum balas dari ahli akar umbi dan perwakilan itu di seluruh negara.

liow tiong lai "Saya berterima kasih kepada ahli parti yang memberi kepercayaan kepada saya," katanya kepada pemberita di ibunegara malam tadi. Sebelum itu Liow menghadiri jamuan makan malam dengan MCA Wilayah Persekutuan.

Dua lagi pemimpin MCA yang telahpun menawar diri untuk bertanding jawatan naib presiden ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Hueng dan Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan Datuk Tan Chai Ho. Tan juga merupakan bekas timbalan menteri dalam negeri.

MCA mempunyai empat jawatan naib presiden yang akan dipertandingkan dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Penyandang jawatan tersebut, Datuk Ong Tee Keat yang juga menteri pengangkutan telahpun menawarkan diri bertanding jawatan presiden.

Setakat ini, Timbalan Menteri Pelajaran Wee Ka Siong, yang juga setiausaha agung Pemuda

MCA, serta Timbalan Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun masing-masing telah mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Pemuda dan Wanita.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha yang juga ahli jawatankuasa pusat MCA dijangka mengumumkan keputusan untuk bertanding jawatan naib presiden esok.

ADS