BERITA

Exco S'gor saman Dr Khir Toyo

Diterbitkan
Dikemaskini 6 Okt 2008, 10:19 pagi

Anggota exco kerajaan Selangor Ronnie Liu hari ini memfailkan saman terhadap Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo kerana mendakwa bekas menteri besar itu mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.

Beliau memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta, melalui peguamnya Gobind Singh Deo, bagi menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan untuk fitnah, faedah, kos dan sebarang relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Liu tidak meletakkan sebarang jumlah tuntutan, sebaliknya membenarkan mahkamah menentukannya, lapor Bernama .

Beliau mendakwa Dr Mohamad Khir mengeluarkan satu dakwaan palsu berunsurkan fitnah mengenai tindakannya campur tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.