BERITA

Mufti kesal pelajar Islam dibabit dalam perarakan berhala

Diterbitkan
Dikemaskini 10 Okt 2008, 2:57 tengahari

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kesal dengan tindakan pentadbiran sebuah sekolah menengah di Kangar yang mengarahkan

lapan pelajar Islam, iaitu anggota pancaragam sekolah itu, mengiringi perarakan berhala Buddha di Kangar Selasa lalu.

Katanya, tindakan itu menunjukkan pihak terbabit tidak menghormati agama slam malah perbuatan itu boleh menimbulkan isu perkauman kerana umat Islam erlalu sensitif dalam hal agama dan ini menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati agama Islam.

"Saya bimbang kecenderungan pihak bukan Islam bermain dengan isu-isu sensitif akan membawa keburukan," katanya.

Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas rungutan dan kekecewaan umat Islam di negeri ini berikutan pembabitan pelajar itu dalam perarakan berhala sempena perayaan tokong sayur itu.

Menurut Bernama, kegiatan itu dikesan oleh beberapa individu dan terdapat rakaman video melalui kamera telefon bimbit mengenai perarakan itu.

Mufti itu turut kesal dengan Jabatan Pelajaran Perlis yang dikatakan tidak peka dengan perkara itu.

"Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menghantar surat bantahan penglibatan pelajar ini kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan kita masih belum mendapat sebarang maklum balas dari pihak mereka," katanya.

Bagaimanapun Pengarah jabatan itu, Mansor Lat ketika dihubungi menyatakan beliau belum dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Sebelum ini pasukan pancaragam itu dikatakan turut dibabitkan dengan perarakan Hari Wesak dan perarakan mayat orang-orang Cina ke tanah perkuburan.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.