Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ali rustam interview 281008 01 Calon timbalan presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, konsep parti menguasai kerajaan perlu diamalkan semula untuk mengembalikan sokongan ahli Umno kepada parti itu.

Katanya, ahli-ahli Umno akar umbi merasa kecewa kerana banyak cadangan dan kehendaknya tidak dilaksanakan oleh parti dan rakyat akhirnya merasakan mereka tidak dapat menentukan dasar kerajaan.

Beliau berkata, mereka menyokong Umno seperti yang digambarkan melalui slogan, manifesto dan janji tetapi jika itu semua tidak dilaksanakan, ia akan menggugat parti dan BN dalam pilihanraya umum.

bm version umno nomination 2009 update on 11 50 am 28th october 2008 281008 Katanya, sistem sekarang sebaliknya ditentukan oleh kerajaan dan Umno menurut apa yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Keadaan ini telah menyebabkan keyakinan ahli-ahli Umno kepada parti kurang kerana agenda dan manifesto parti tidak dilaksanakan secara berkesan.

"Keputusan parti perlu dilaksanakan dan jika ini dilakukan kita boleh menyelesaikan banyak masalah.

"Jika Barisan Nasional (BN) ingin meyakinkan semula orang Melayu konsep parti menguasai kerajaan perlu dilihat dengan serius," kata ketua menteri Melaka, dalam temubual dengan Malaysiakini di ibu negara, Rabu lalu.

Mohd Ali, kini naib presiden Umno, menawarkan jawatan nombor dua dalam pemilihan Mac tahun depan susulan keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan jawatan presiden Umno.

Daripada kuota 39 pencalonan untuk layak bertanding, beliau mendapat 23 sokongan di belakang seorang lagi naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi mendahului ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Mohd Taib (17 pencalonan).

Mohd Ali berkata, beliau mahu dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Umno dilaksanakan secara berkesan untuk membantu orang Melayu.

Beliau juga mempersoalkan sebab dasar pembangunan untuk membantu orang Melayu tidak dilaksana supaya pemilikan aset orang Melayu mencapai 30 peratus seperti sasaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) hampir 40 tahun lepas.

"Kita hanya menguasai 19 peratus sedangkan kita ada kuasa dan keputusan kabinet dan parlimen sudah dibuat. Mengapa tidak dilaksanakan.

"Dasar kita semua baik tetapi semua keputusan mesti dilaksanakan. Misalnya orang merungut mengenai peranan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan kelambatan sistem penyampaian.

ali rustam interview 281008 03 "Kalau kita (parti) kata GLC tolong, GLC mesti tolong kerana ini suara parti.

"Saya nak beri contoh UDA (Lembaga Pembangunan Bandar), dah berapa kali dalam perhimpunan agung kita kata mesti tolong pemilikan tanah orang Melayu dalam bandar.

"Kita dah bincang dan kita dah buat keputusan tetapi belum buat lagi. Patut bincang sebulan dua sahaja, perhimpunan nak datang lagi belum buat lagi.

"Siapa yang berkuasa parti atau pegawai atau kerajaan. Bukan kita nak ambil kedudukan pegawai kita, tetapi kita nak dilaksanakan secara berkesan.

"Buatlah dalam masa munasabah bukannya mengambil masa bertahun-tahun kerana ini boleh hilang kerajaan," katanya lagi.

ADS