BERITA Malaysiakini

Tanah runtuh: 3,000 penduduk diarah berpindah

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Seramai 3,000 hingga 5,000 penduduk di kawasan perumahan bertingkat berhampiran lokasi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa telah diarahkan supaya berpindah segera.

Kor Kejuruteraan Angkatan Tentera Malaysia sedang membuat laluan pejalan kaki bagi tujuan memindahkan penduduk terlibat, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

ulu kelang bukit tinggi landslide 061208 02 Namun Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang turut melawat tempat kejadian berkata terdapat penduduk yang masih enggan berpindah.

"Kita meminta penduduk berhampiran agar berpindah kerana dilaporkan masih terdapat pergerakan tanah berlaku," katanya.

Beliau juga berkata kerajaan Selangor telah menyediakan penempatan sementara untuk menempatkan mereka.

Kejadian tanah runtuh jam 4 pagi tadi telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.

Mereka yang terperangkap dan juga pasukan penyelamat terpaksa menggunakan Jalan Wangsa 9 sebagai jalan alternatif memandangkan jalan utama ke kawasan itu tidak dapat dilalui.

ulu kelang bukit tinggi landslide 061208 04 Sementara itu, Bernama melaporkan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membenarkan mana -mana pembangunan dijalankan di kawasan berbukit berisiko tinggi bagi mengelakkan tragedi tanah runtuh berulang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, katanya, pemaju diminta jangan lagi menekan kerajaan untuk melobi bagi mendapatkan kelulusan untuk membangunkan sesuatu projek dikawasan itu.

"Saya fikir tidak ada alasan lagi untuk jalankan pembangunan di atas tanah yang curam dan tinggi yang berisiko tinggi. Ambil sikap pencegahan adalah lebih baik daripada sesuatu kejadian yang mungkin berlaku.

"Kita perlu belajar atas apa yang berlaku termasuk kejadian hari ini," katanya ketika ditemui meninjau lokasi tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini. Turut melawat ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

ulu kelang bukit tinggi landslide 061208  03 Najib berkata tidak mustahil pemaju akan terus menghantar permohonan selepas insiden tanah runtuh sedemikian, reda.

"Ingatan manusia ini pendek. Tiga, enam bulan bila orang dah lupa, pemaju akan sorong permohonan dan melobi supaya diluluskan, tidak belajar apa yang berlaku," katanya.

Sehingga 10.30 pagi tadi, polis mengesahkan tiga orang telah terkorban dalam kejadian itu yang menimbus 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa.

Kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi itu berlaku ketika kebanyakan penduduk di kawasan perumahan itu sedang tidur apabila lereng bukit berhampiran runtuh dan menimbuskan banglo-banglo berkenaan.

Najib turut meminta supaya kerajaan tidak dipersalahkan sekiranya sesuatu kawasan yang telah tidak dibenarkan dilakukan pembangunan, tidak lagi berisiko selepas ini.

ulu kelang bukit tinggi landslide 061208 01 "Kita terpaksa ambil pendirian kalau terbukti kawasan itu berisiko tinggi. Kalau tidak boleh diterima, mereka yang tinggal di kawasan itu kena terima hakikat bahawa mereka mungkin terdedah kepada bahaya," katanya.

Berhubung kejadian itu, Najib berkata pihak pakar akan dilantik untuk menilai kawasan itu berikutan kawasan tersebut dilihat sangat berisiko tinggi selepas dua kejadian tanah runtuh berlaku sebelum ini.

Najib turut berpuas hati dengan tindakan pantas pasukan keselamatan menangani keadaan.

Katanya operasi menyelamat terpaksa dilakukan secara berhati-hati kerana kawasan itu masih belum stabil.

Kerajaan juga telah mengambil langkah memindahkan lebih daripada 2,000 penghuni satu blok kondominium yang terletak berhampiran kawasan kejadian, katanya.

Penduduk hantar isyarat kecemasan

Sementara itu, petang tadi, penduduk berhampiran kawasan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, menghantar isyarat kecemasan agar mereka turut diselamatkan.

"Apa pula halnya dengan kami. Apa yang perlu kami buat. Kami tidak mempunyai bekalan makanan mencukupi. Kami terputus hubungan," kata mereka.

Mereka adalah antara ribuan penduduk yang terperangkap apabila jalan utama ke kawasan perumahan mereka terputus akibat kejadian tanah runtuh kira-kira jam 4 pagi tadi itu, yang menimbus 14 buah banglo di kawasan berhampiran mereka iaitu di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama.

Penghuni Kondominium Oakleaf Park, Kol. Nazim Mohd Lazim, berkata beliau dan jirannya serta penduduk sekitar tempat kejadian merasa buntu kerana tiada arahan khusus kepada mereka daripada pihak berkuasa, untuk sama ada meminta mereka berpindah daripada kawasan itu.

"Kawasan perumahan sekitar telah terputus bekalan elektrik dan air sejak awal pagi tadi. Makanan juga tidak mencukupi dan saya sendiri tertanya-tanya, perlukah kami berpindah ke tempat pemindahan sementara kerana tiada arahan daripada pihak berkuasa.

"Dikhuatiri mereka tidak sedar kami terperangkap di sini," katanya ketika menghubungi Bernama.

Kol. Nazim terpaksa menghubungi Bernama bagi memaklumkan keadaan beliau dan kebanyakan penduduk yang masih lagi terperangkap kerana khuatir bantuan tidak sampai kepada mereka.

"Saya khuatir usaha menyelamat serta memindahkan penduduk akan mengalami sedikit kesukaran memandangkan hujan sudah mulai turun sejak pukul 1.15 petang tadi dan keadaan ini telah menyebabkan air di kawasan runtuhan naik secara mendadak," katanya.

Seorang suri rumah dari kawasan perumahan Bukit Jaya yang turut menghubungi Bernama berkata beliau bimbang sekiranya keadaan penduduk yang terperangkap tidak disedari pihak berkuasa.

Surirumah berusia 56 tahun yang enggan memberikan namanya berkata masih ramai penduduk di kawasan perumahannya terperangkap.

Tambah membimbangkan beliau ialah kesukaran untuk berkomunikasi dengan pihak luar memandangkan bekalan elektrik ke rumah mereka terputus manakala bateri telefon bimbit semakin lemah.

"Kebanyakan penduduk juga tidak menyimpan bekalan makanan yang mencukupi kerana akan bercuti dan ada yang akan pulang ke kampung sempena cuti Hari Raya Aidiladha Isnin ini.

Bekalan elektrik terputus

Sementara itu, kira-kira 1,500 rumah di sembilan kawasan

terputus bekalan elektrik buat sementara waktu apabila 12 pencawang elektrik terjejas ekoran kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yitu.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak dapat mengesahkan bila bekalan elektrik ke rumah terbabit dapat dipulihkan semula.

Rumah yang terjejas terletak di Taman Bukit Jaya, Taman Bukit Utama, Jalan Puncak Bukit Utama, Southern Heights, Kyoto Garden, Oakland Condo Bukit Jaya, Casa De Sol Condo dan Jalan Bukit Utama.

Shaziman berkata pada mulanya 16 pencawang elektrik 11kV rosak akibat tanah runtuh itu tetapi TNB telah membaiki empat daripadanya.

"TNB tidak dapat memulihkan 12 pencawang lain kerana pasukan Smart tidak membenarkan mereka masuk ke kawasan kejadian atas alasan keselamatan," katanya sambil menambah TNB telah