Hisham: Pertahan institusi Raja Melayu hingga titisan darah terakhir

       

Kira-kira 2,000 penyokong Pemuda Barisan Nasional (BN) berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi bagi menyatakan taat setia kepada institusi Raja-raja Melayu.

hishammuddin hussien and umno bn youth pwtc support sultan rule 200209 04 Majlis yang dinamakan menjunjung kasih setia Tuanku itu dihadiri oleh pemimpin utama Pemuda BN termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Beberapa NGO Melayu seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan persatuan silat turut hadir di majlis tersebut.

Kebanyakan mereka memakai baju kuning yang tertulis perkataan 'Daulat Tuanku'.

Mereka turut membawa sepanduk dan kain pemidang yang tertulis perkataan yang menyokong Raja-raja Melayu.

Program yang dianjurkan oleh Pemuda BN itu dimulakan dengan visual kesultanan Raja Azlan Shah yang memaparkan sejarah hidup baginda.

Beberapa peserta pula membacakan sajak yang menyatakan taat setia rakat kepada institusi Raja-raja Melayu.

Hadirin melaung-laungkan 'Daulat Tuanku' setiap kali institusi Raja-raja Melayu disebut oleh pengerusi majlis berkenaan, Datuk Idris Haron yang juga exco Pemuda Umno.

'Kita tahu angkara siapa'

Antara pemimpin utama yang hadir ialah pengerusi Pemuda BN, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, naibnya, Khairy Jamaluddin dan pemimpin komponen BN yang lain.

hishammuddin hussien and umno bn youth pwtc support sultan rule 200209 05 Dalam ucapannya, Hishammuddin yang juga berkata, Pemuda BN akan tetap mempertahankan institusi Raja-raja Melayu sehingga titisan darah terakhir.

"Kita tahu angkara siapa ini semua. Inilah yang hendak memecahbelahkan orang Melayu," katanya disambut jeritan nama Anwar dari kalangan hadirin.

Selain Hishamuddin, wakil komponen Pemuda BN lain turut berucap menyatakan taat setia kepada Raja-raja Melayu.

Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambery Abdul Kadir turut hadir dan menyampaikan ucapan di majlis tersebut.

Di akhir majlis, pemimpin Pemuda BN dan penyokong menyatakan ikrar taat setia kepada Raja-raja Melayu.

Wakil Pemuda Umno Sabah menyerahkan warkah junjung setia kepada Hishammuddin untuk disembahkan kepada Sultan Perak.

hishammuddin hussien and umno bn youth pwtc support sultan rule 200209 03 Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Hishammuddin berkata, anak-anak muda yang ingin meluahkan kemarahan dan kekecewaan terhadap kemelut politik di Perak patut diberi ruang dan dipantau supaya tidak mencetuskan sebarang kekecohan yang mengganggu ketenteraman awam.

Beliau berkata cetusan semangat ini jika tidak dikawal, boleh menyebabkan huru-hara dan kekecohan.

"Sekurang-kurangnya kami tidak di jalanan..melontar batu dan sebagainya," katanya.

Malaysiakini
terkini untuk anda