Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

kemaskini 3.23pm Setelah berjaya mengadakan demonstrasi besar, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan melebarkan kempennya bagi menjelaskan pendiriannya membantah dasar kontroversi itu di dua pilihanraya kecil bermula hujung bulan ini.

Setiausaha gabungan itu Hasni Abas berkata ia akan turut serta dalam kempen di kawasan parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah bagi terus menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Dua pilihanraya itu - yang diadakan serentak dengan DUN Batang Ai di Sarawak - berlangsung antara 29 Mac hingga 7 April.

kuala terengganu by election ppsmi coalition handing memo to pakatan 150109 launching banner Gabungan itu pernah berkempen ketika berlangsung pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, Januari lalu.

Mereka menabur kira-kira 50,000 risalah yang menyifatkan PPSMI sebagai satu "pengkhianatan" terhadap bangsa dan negara (foto) .

Mengulas mengenai perkara tersebut, timbalan setiausaha GMP Suhaizan Kaiat menambah selain untuk berkempen, ia ke sana untuk “membalas jasa” penyokong-penyokong yang hadir dalam demonstrasi Sabtu lalu.

"Kita akan ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau untuk berkempen berhubung isu PPSMI dan membalas jasa mereka yang hadir (dalam demonstrasi)," katanya.

Kira-kira 8,000 aktivis bahasa, sasterawan dan penyokong pembangkang berarak ke Istana Negara dari Masjid Negara petang Sabtu lalu dalam usaha menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tindakan mereka melanggar arahan polis - yang membenarkan mereka berhimpun di masjid berkenaan sahaja dan melarang sebarang perarakan - kemudian didakwa akibat didalangi parti-parti pembangkang.

anti ppsmi rumah pena 100309 group Mengulas perkara tersebut, Hasni (dua dari kiri) berkata "isu dalang tidak timbul" kerana GMP memang turut disertai oleh barisan aktivis bahasa, NGO dan parti-parti politik.

Bercakap dalam satu sidang media di Rumah PENA, Kuala Lumpur hari ini, beliau mengulas penafian pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad semalam.

Suhaizan (dua dari kanan) menambah, isu dalang dan kekacauan dalam perarakan adalah satu cara untuk mengalih perhatian umum daripada membicarakan isu sebenar.

"Kalau menuduh GMP didalangi oleh parti pembangkang PAS, PKR dan DAP, mereka berada dalam jawatankuasa ini bersama-sama kami.

"Tidak ada dalang di sini," katanya, yang juga ketua penerangan Pemuda PAS.

"Kita konsisten dengan untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan, untuk menyelamatkan bahasa ibunda dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di sekolah."

Hasni berkata, gabungan tersebut terdiri daripada 135 NGO dan ia merentasi budaya, politik, agama dan ras.

"Kami juga mengundang Umno (untuk menyertai gabungan ini), tetapi mereka enggan," katanya.

ADS