Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Emas Olimpik: Malaysia selangkah daripada cipta sejarah
Diterbitkan:  Aug 16, 2016 8:48 AM
Dikemaskini: 2:54 AM

Malaysia mengesahkan sekurang-kurangnya pingat perak dalam acara badminton selepas beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mara ke final Sukan Olimpik Rio de Janeiro.

Pasangan negara mengetepikan cabaran Xu Chen-Maj Jin dari China, 21-12, 21-19 dalam aksi separuh akhir mereka, awal pagi tadi

Peng Soon-Liu Ying akan menentang pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Lilyana Natsir dalam perlawanan akhir Rabu ini.

Gandingan Indonesia itu menempah tiket ke final selepas menjinakkan pilihan utama, Zhang Nan-Zhao Yunlei, 21-16, 21-15 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Lihat Komen
ADS