Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
BAM kecam kenyataan perkauman terhadap Kisona
Diterbitkan:  Oct 3, 2021 5:19 PM
Dikemaskini: 9:21 AM

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengecam kenyataan berunsur perkauman yang dibuat terhadap pemain perseorangan wanita negara, S Kisona.

"Sebagai badan pengelola sukan di negara ini, BAM tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk perkauman atau diskriminasi, justeru kami mengutuk kenyataan tersebut, dan akan selalu mempertahankan pemain kami.

"Ucapan buruk seperti ini tidak wajar dilakukan dan kami menggesa seluruh rakyat Malaysia mengutuk perbuatan tidak masuk akal ini," kata badan itu dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial menerima kritikan selepas melemparkan kenyataan berbaur perkauman terhadap S Kisona ketika pemain itu beraksi dalam kempen Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland malam tadi.

Kenyataan itu turut mengundang kritikan daripada Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu.

Ahmad Faizal juga mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak menghina warna kulit dan agama seseorang.

BAM dalam kenyataannya berkata, badan itu akan terus menentang isu perkauman dalam sukan, terutama dalam sukan badminton.

"Kami kekal menjunjung semua inisiatif yang mendukung pembangunan bangsa yang progresif dan inklusif," tegasnya.

Lihat Komen
ADS