Malaysiakini
ADVERTORIAL

Kembali ke Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall Aidilfitri ini

Diterbitkan
Dikemaskini 14 Mei 2020, 2:45 tengahari

Ramadhan kali ini ternyata berbeza sekali bagi kebanyakan rakyat Malaysia kerana ramai yang terpaksa mengharungi musim berpantang tanpa tradisi kebiasaan seperti tahun-tahun sebelum ini. Dikala kaum keluarga serta sahabat-handai bersatu kembali pada bulan perayaan ini, Kumpulan Suria KLCC juga membuka pintu mereka menyambut kembali kedatangan masyarakat dalam meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan rasa syukur yang diolahkan melalui hiasan Raya di semua pusat membeli-belah Kumpulan Suria KLCC untuk membangkitkan semangat Aidilfitri.

Dalam kita mengharungi musim pandemik ini, Kumpulan Suria KLCC telah mengambil langkah-langkah pencegahan untuk melindungi para pengunjung, pembeli serta pekerja dengan menempatkan cecair pencuci tangan di lokasi yang strategik dan mudah akses, melakukan pemeriksaan suhu badan setiap hari ke atas semua pengunjung dan pekerja di pelbagai lokasi di dalam pusat membeli-belah, meningkatkan kekerapan pembersihan di setiap sudut pusat membeli-belah dan mempraktikkan penjarakan sosial sejauh dua meter dalam usaha memastikan persekitaran yang bersih dan selamat.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, "Dalam kita menjalani kehidupan norma baru, Kumpulan Suria KLCC teruja untuk menyambut kembali kehadiran para pengunjung ke semua rangkaian pusat membeli belah kami. Pihak kami mematuhi segala panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan kesemua pusat membeli-belah kami bersih serta selamat bagi segenap lapisan masyarakat. Kami sentiasa membersihkan kawasan dan peralatan yang mempunyai kekerapan hubungan langsung dengan para pengunjung terutamanya eskalator, lif serta kawasan umum lain kerana keselamatan dan kesihatan mereka adalah amat penting."

Andrew menambah lagi, “Situasi kini sememangnya sangat mencabar bagi kami, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada masyarakat atas sokongan mereka yang berterusan. Pihak kami akan terus berwaspada serta berjaga-jaga bagi melaksanakan langkah-langkah di dalam memastikan operasi perniagaan kami tidak terganggu, disamping menjaga kesejahteraan pengunjung dan para pekerja kami."

Untuk memastikan Hari Raya kali ini lebih bermakna, para pengunjung Suria KLCC akan menerima set esklusif L’Occitane apabila mereka berbelanja di mana-mana kedai terpilih dari 15 hingga 25 Mei 2020. Bagi setiap pembelian minimum RM500, mereka hanya perlu menunjukkan resit di kaunter pertanyaan pada hari yang sama untuk menebus set eksklusif tersebut.

Sementara itu, Pusat Membeli Belah Alamanda (Alamanda) ingin bertemu kembali bersama para pengunjung tetap mahupun yang baru dengan menawarkan sehelai selendang yang cantik kepada mereka. Dari 14 hingga 25 Mei 2020, bagi setiap pembelian minimum RM150 di mana-mana kedai terpilih di Alamanda, para pengunjung layak untuk menebus selendang cantik tersebut.

Bagi menghargai kesetiaan pelanggan di Pantai Timur pula, Mesra Mall, Terengganu menawarkan ‘Ceramic Oil Burner’ pada musim perayaan kali ini bagi setiap pembelian berjumlah RM150 ke atas. Tawaran eksklusif ini akan berlangsung dari 15 hingga 31 Mei 2020.

Kesemua tawaran adalah sah sementara stok masih ada. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi-promosi eksklusif tersebut, sila hubungi kakitangan kami yang ramah di kaunter pertanyaan setiap pusat membeli-belah.

Kumpulan Suria KLCC teruja dan bersedia untuk menyambut kehadiran para pengunjung kembali ke premisnya untuk membeli-belah serta menjamu selera. Bersama, kita akan memperhalusi gaya hidup norma baru untuk manjamin persekitaran yang lebih selamat. Marilah kita semua menyambut Hari Raya kali ini dengan mengamalkan gaya hidup yang selamat serta sihat setiap masa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my

ii. Alamanda Shopping Centre (Putrajaya) - www.alamanda.com.my

iii. Mesra Mall (Kerteh) - www.mesramall.com.my

#StaySafe #KitaJagaKita 

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.