Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pada 9 Julai 2011, kota raya Kuala Lumpur dikawal rapi oleh anggota polis akibat demonstrasi besar-besaran anjuran BERSIH 2.0. Jalan-jalan untuk masuk ke kota Kuala Lumpur ditutup dan sekatan dilakukan di seluruh pintu masuk ke ibu negara.

Kawalan rapi anggota keselamatan bertujuan untuk menghalang rakyat daripada berhimpun tidak mampu menahan gelombang kuning yang menuntut agar perjalanan pilihan raya di Malaysia direformasikan.

Gerakan rakyat philipine people power revolution untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil ini bukanlah satu perkara yang pelik. Ia berlaku di merata dunia. Bermula di Asia Tenggara, Amerika Latin, Afrika dan kini sedang hangat berlangsung di Timur Tengah.

Pilihan raya bebas dan adil juga bukanlah boleh diperolehi dengan jalan mudah tanpa perjuangan. Ada yang terkorban kerana memperjuangkannya.

Malahan bersungai-sungai air mata telah mengalir bagi meratapi yang terkorban kerana memperjuangkan pilihan raya bebas dan adil.

Revolusi Kuasa Rakyat Filipina

Dua puluh lima tahun lalu, di negara jiran kita Filipina berlakunya peristiwa bersejarah yang menyaksikan Presiden Ferdinand Marcos digulingkan dari kekuasaan.

Revolusi tersebut lebih dikenali dengan panggilan People Power Revolution ataupun revolusi kuasa rakyat.

Apabila berbicara mengenai revolusi Filipina yang berlaku di lebuhraya Epifanio de los Santos Avenue (EDSA), tidak sah jika tidak menyebut peranan besar yang dimainkan oleh Pergerakan Rakyat untuk Pilihan Raya Bebas (Namfrel).

Ini berikutan kejayaan Namfrel menyedarkan rakyat Filipina untuk bersama-sama terlibat secara aktif bagi memantau perjalanan pilihan raya presiden pada tahun 1986.

philipine people power revolution Dalam pilihan raya yang terakhir yang disertai oleh Ferdinand Marcos itu, Namfrel berjaya mengerah 500,000 rakyat untuk menjadi sukarelawan rasmi mereka di seluruh Filipina.

Menurut setiausaha agung pertama Namfrel, Mars Quesada, dianggarkan hampir dua juta lagi rakyat Filipina membantu 500,000 sukarelawan Namfrel selepas mereka selesai melaksanakan tanggungjawab membuang undi.

Sukarelawan-sukarelawan Namfrel bertugas di hampir keseluruhan tempat pembuangan undi di seluruh Filipina bagi memastikan perjalanan pilihan raya pada hari mengundi berjalan secara bebas dan adil.

Selain daripada itu mereka mengawal peti-peti undi daripada dicuri atau dirampas oleh samseng upahan Marcos sebelum dihantar ke pusat penjumlahan undi.

Sukarelawan Namfrel turut melaksanakan Operation Quick Count (OQC) ataupun operasi kiraan pantas untuk mengimbangi proses penjumlahan undi yang dilaksanakan oleh suruhanjaya pilihan raya di Filipina (Comelec)

Marcos tumbang kerana rakyat Filipina lebih mempercayai operasi kiraan pantas yang dilaksanakan oleh Namfrel berbanding dengan proses penjumlahan undi yang dilaksanakan oleh COMELEC.

COMELEC mengumumkan Marcos sebagai pemenang dalam pilihan raya presiden tersebut manakala hasil operasi kiraan pantas yang dilaksanakan oleh Namfrel menunjukkan bahawa Cory Aquino adalah presiden baru Filipina.

Peranan ahli perniagaan

Apa yang menarik tentang Namfrel adalah organisasi ini bertulangbelakangkan kelompok ahli perniagaan.

Kebiasaannya, jarang sekali warga korporat untuk terlibat dengan organisasi seperti ini, akan tetapi lain ceritanya dengan Namfrel.

Namfrel mempunyai polisi yang menyebabkan organisasi ini mendapat kepercayaan orang ramai di Filipina. Polisi tersebut adalah tidak menerima sebarang bantuan dana asing.

philipine people power revolution Semua dana yang diterima Namfrel adalah datang dari sektor korporat di Filipina ataupun sumbangan daripada orang ramai.

Diantara pengasas Namfrel adalah Jose Concepcion Jr, seorang ahli perniagaan kaya yang juga pemilik syarikat RFM Corporation - syarikat besar yang menjalankan perniagaan dalam industri makanan dan minuman.

Bagi menjayakan Namfrel disamping menghabiskan masa dan tenaga untuk membangunkan organisasi yang diasaskan dengan berberapa orang lagi, Jose Concepcion menyedekahkan ruang di bangunan milik RFM Corporation di Mandaluyong, Manila untuk dijadikan sebagai pejabat kepada Namfrel.

Selain itu, pekerja-pekerja RFM Corporation juga dipinjamkan bagi membantu Namfrel bagi memastikan pemantauan pilihan raya di seluruh negara berjaya dilaksanakan.

Terdapat banyak lagi syarikat-syarikat besar yang bernaung di bawah Makati Business Club (MBC) turut menyumbang kepada Namfrel sama ada dalam bentuk tunai ataupun perkhidmatan dengan niat agar pilihan raya bebas dan adil dapat dilaksanakan di Filipina.

Mars Quesada yang sempat penulis jumpa ketika menjalankan kajian di Filipina memberitahu tentang sumbangan sektor korporat bagi meminjamkan berberapa buah pesawat dan berbelas biji helikopter bagi mempermudahkan pergerakan sukarelawan Namfrel terutamanya untuk ke kawasan pendalaman dan berbukit-bukau.

Begitulah seba sedikit peranan ahli perniagaan dan sektor korporat dalam menjayakan pemantauan pilihan raya yang dilaksanakan oleh Namfrel di Filipina pada tahun 1986.

Cabaran di Malaysia pada hari ini bagaimana untuk melibatkan sektor korporat bagi membantu perjuangan memartabatkan pilihan raya bebas dan adil.

Ini kerana pilihan raya bebas dan adil serta politik yang stabil baik untuk dunia perniagaan. Cabarannya terbesar pula bagaimana untuk menyakinkan mereka untuk bersama?


Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-2010 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia.

 

 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS