Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

"Houla massacre " atau pembunuhan beramai-ramai di Houla dijadikan sebab untuk Amerika Syarikat memaksa dunia menerima campur tangan kemanusiaan atau humanitarian intervention kepada Syria.

Campur tangan kemanusiaan yang bagaimana?

Dengan menghantar bala tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) bagi menyokong pemberontak bersenjata menggulingkan Bashar Al-Assad.

Neda Agha-Soltan iran protester killed Lebih menarik lagi, tindakan ini bakal dihalalkan oleh jutaan umat Islam seluruh dunia. Mengapa ini berlaku?

Kerana ada satu dua "ulama" tajaan Amerika-Israel mengeluarkan fatwa darah orang-orang Syiah halal dibunuh.

Apa lagi selepas berlakunya terjadi pembunuhan beramai-ramai di Houla.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), seramai 108 orang terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai di Houla termasuk 34 wanita dan 49 kanak-kanak.

Serangan menyebabkan kehilangan ramai nyawa. Ia berlaku pada 25 Mei 2012.

Dunia tahu, yang dimahukan oleh Amerika-Israel hanyalah minyak mentah yang banyak bagi menyokong pembangunan tamadun mereka.

Selain itu, penguasaan sumber minyak dunia membantu Amerika mengekang kebangkitan China sebagai kuasa besar ekonomi dunia.

Penguasaan Amerika di Syria juga menjamin keselamatan Israel di Timur Tengah.

'911' bagi Syria

Amerika-Israel perlu mengolah persetujuan dunia untuk menghalalkan misi jahat mereka terhadap Assad dan Syria.

Jika peristiwa serangan 11 September 2001 Amerika Syarikat digunakan untuk menjajah Afghanistan, tragedi Houla untuk menghalalkan imperialisme terhadap Syria.

Jika tiada tragedi Houla, tidak mungkin Amerika-Israel mampu menarik sokongan gerakan Islam, seperti dilakukan Dewan Pemuda PAS dengan menyokong agenda menjatuhkan Bashar Al Assad.

Banyak fakta boleh dipertikaikan mengenai tragedi Houla seperti yang diperbesar-besarkan oleh media-media pro-Zionis ke seluruh dunia.

september 11 2001 wtc attack 911 Dina Sulaeman, penganalisis politik antarabangsa dalam tulisannya "Mencari Motif di Houla" menimbulkan pertanyaan tentang motif tragedi Houla jika benar ia dilakukan Assad.

"Kalau benar Assad pembunuh sadis yang rela membunuh rakyat sendiri, tentulah yang dibunuhnya adalah orang-orang yang menentang pemerintahannya.

Kes serupa terjadi di Iraq, dahulu Saddam Husein membunuh penduduk Syiah di kota Dujail tahun 1982, kerana dicurigai berusaha melakukan kudeta.

Tapi, anehnya, korban tragedi Houla adalah orang-orang Alawi (salah satu cabang Syiah) yang pastinya pro-Assad. Apa perlu Assad melakukan hal itu?

"Dari sisi ini, sulit untuk mencari motif Assad melakukan pembunuhan di Haula, kecuali kita menerima andaian bahawa Assad adalah pemimpin yang gila," tulis Dina.

Jika kes pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shariibuu yang selesai di mahkamah dibangkitkan semula kerana tidak diketahui motif pembunuhan tersebut, mengapa tidak Pemuda PAS mempersoalkan motif di sebalik "Houla Massacre "?

Apakah kerana Assad dan Syria tidak memberikan keuntungan politik langsung berbanding kes pembunuhan Altantuya Shariibuu?

Perang untuk habiskan wang

Amerika tidak sabar untuk melanggar Syria yang diperintah oleh Bashar Al Assad.

Selain mendapat sumber minyak mentah baru dan menjaga kestabilan Israel, Amerika perlu menghabiskan belanjawan ketenteraan yang diluluskan oleh Dewan Senat.

Menurut data "Stockholm International Peace Research Institute" pada 17 April 2011, perbelanjaan ketenteraan dunia pada tahun 2011 sebanyak AS$1.738 trilion.

us global diplomacy 070706 iraq war mosque Daripada jumlah itu, sebanyak 41 peratus atau AS$711 bilion datang dari Amerika Syarikat.

Berlaku peningkatan perbelanjaan ketenteraan antarabangsa sebanyak AS$138 bilion pada tahun 2011 berbanding 2010.

Bayangkanlah kalau 10 peratus daripada AS$1.738 trilion ini digunakan untuk tujuan membeli makanan, sudah pasti tiada manusia kebuluran di bumi ini.

Sementara itu, negara-negara Arab pula membelanjakan sebanyak AS$130 bilion untuk membeli senjata dari pengeluar-pengeluar senjata dunia.

Jika di zaman kegemilangan Islam, Khalifah Harun Ar Rashid dan Al-Makmum membelanjakan dana yang besar untuk percambahan ilmu, kini dana yang banyak digunakan untuk membeli senjata, sekali gus menyokong agenda Amerika-Israel untuk melihat dunia sentiasa berperang.

Tidak hairanlah mengapa umat Islam sedunia kini berada dalam zaman gelap. Tidak ada ilmu atau teori-teori baru yang dilahirkan oleh umat Islam pada hari ini.

Sedangkan satu ketika dahulu, pemikir-pemikir Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun dan ramai lagi menyumbangkan ilmu dan teori kepada dunia.

Pola baru politik dunia

Kebangkitan China sebagai kuasa besar ekonomi dunia membimbangkan Amerika-Israel. Apatah lagi China adalah sekutu rapat Syria dan Iran. China telah mengambil alih takhta Jepun sebagai jaguh ekonomi dunia.

Dengan kebangkitan China, Syria dan Iran tidak lagi memerlukan Amerika Syarikat dan Eropah untuk menjual minyak mereka. Buatlah sekatan ekonomi bagaimanapun, Syria dan Iran akan terus hidup.

NONE Tidak lama lagi kuasa Amerika Syarikat akan diimbangi oleh China. Majoriti negara-negara Arab akan bersama Amerika Syarikat. China pula akan bersekutu dengan Rusia, Iran, Venezuela dan negara-negara anti-Amerika.

Lebih malang lagi, Malaysia bawah BN atau Pakatan akan bersama Amerika.

Houla menyebabkan majoriti umat Islam seluruh dunia menyokong agar Bashar Al-Assad dijatuhkan. Hanya masa menentukan.

Selepas jatuhnya kepimpinan Assad, "Syria Baru" akan menyertai Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan lain-lain untuk menjadi pelindung kepada agenda Zionis Israel.

Inilah realiti hari ini. Sedar tidak sedar, majoriti umat Islam hari ini berhempas pulas untuk membantu "Dajjal" bangkit.

Dunia Islam perlu dicerahkan kembali agar ajaran yang dibawa oleh Muhammad SAW itu benar-benar dilaksanakan dan kejayaan dinikmati oleh penganut ajaran rasul terakhir itu.


AMIN ISKANDAR menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) sesi 2009-10 daripada Yayasan Nippon untuk untuk menjalankan kajian sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini .

ADS