Perayaan pertama Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa di Malaysia
Tanggal 21 Feb adalah Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa. Hari bersejarah ini ditetapkan pada 1999 melalui satu resolusi yang diluluskan dalam sesi ke-30 Sidang Umum Pertubuhan Kebudayaan, Sains dan Pendidikan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) dan dirayakan di Paris pada 2000 dan Dhaka (Bangladesh) pada 2001.
Kenapa 21 Feb? Ia dipilih sebagai memperingati peristiwa terkorbannya lima pelajar Pakistan Timur (sekarang Bangladesh) pada tarikh tersebut pada tahun 1952 kerana memperjuangkan bahasa Bangla sebagai bahasa rasmi Pakistan di samping bahasa Urdu.
Dan seperkara lagi yang membanggakan ialah Malaysia turut menyokong Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa yang dicadangkan oleh Bangladesh dalam sidang Unesco tersebut.
Ketetapan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa menandakan pengakuan nilai-nilai sejagat yang memperkuatkan paduan dan pautan masyarakat melalui kepelbagaian bahasa dan budaya.
Oleh itu, tujuan perayaannya ialah untuk mengakuri dan meningkatkan amalan pluralisme yang menggalakkan kewujudan dan perkembangan kepelbagaian bahasa, sistem pendidikan dan budaya di negara-negara terbabit, berasaskan pemahaman, toleransi dan dialog.
Minggu lalu, buat kali pertamanya, Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa disambut di negara kita, anjuran Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong, dengan sokongan badan bahasa pelbagai kaum, termasuk Persatuan Linguistik Malaysia, Yayasan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Tamil Malaysia, Yayasan Bahasa Kadazandusun, Institut Penyelidikan Borneo, dan Sinui Pai Nanek Sengik.
Tanggal 21 Feb adalah Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa. Hari bersejarah ini ditetapkan pada 1999 melalui satu resolusi yang diluluskan dalam sesi ke-30 Sidang Umum Pertubuhan Kebudayaan, Sains dan Pendidikan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) dan dirayakan di Paris pada 2000 dan Dhaka (Bangladesh) pada 2001.
Kenapa 21 Feb? Ia dipilih sebagai memperingati peristiwa terkorbannya lima pelajar Pakistan Timur (sekarang Bangladesh) pada tarikh tersebut pada tahun 1952 kerana memperjuangkan bahasa Bangla sebagai bahasa rasmi Pakistan di samping bahasa Urdu.
Dan seperkara lagi yang membanggakan ialah Malaysia turut menyokong Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa yang dicadangkan oleh Bangladesh dalam sidang Unesco tersebut.
Ketetapan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa menandakan pengakuan nilai-nilai sejagat yang memperkuatkan paduan dan pautan masyarakat melalui kepelbagaian bahasa dan budaya.
Oleh itu, tujuan perayaannya ialah untuk mengakuri dan meningkatkan amalan pluralisme yang menggalakkan kewujudan dan perkembangan kepelbagaian bahasa, sistem pendidikan dan budaya di negara-negara terbabit, berasaskan pemahaman, toleransi dan dialog.
Minggu lalu, buat kali pertamanya, Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa disambut di negara kita, anjuran Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong, dengan sokongan badan bahasa pelbagai kaum, termasuk Persatuan Linguistik Malaysia, Yayasan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Tamil Malaysia, Yayasan Bahasa Kadazandusun, Institut Penyelidikan Borneo, dan Sinui Pai Nanek Sengik.
Permasalahan bahasa
Perayaan tersebut meliputi tiga bahagian: Pertama, penerbitan khas DJZ News sempana Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa; kedua, seminar yang bertemakan pluralisme (kepelbagaian bahasa, pendidikan dan budaya); dan ketiga, aktiviti lain, termasuk perhimpunan dan resolusi, sidang akhbar, pameran, dan persembahan kanak-kanak pelbagai kaum.
DJZ News
diterbitkan dalam bahawa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk menunjukkan sokongannya kepada konsep kepelbagaian bahasa di negara kita.Antara rencana yang termuat dalam isu pertamanya ialah 'Diversity Strengthens ACulture', 'The Malaysian Education System', 'The current situation of Chinese education in Malaysia and its future', 'Sistem Pendidikan Islam Anjuran MUSLEH', 'Tamil schools education in Malaysia' dan 'Permasalahan bahasa Orang Asal di Malaysia'.
Yang lainnya ialah 'DJZ Forum: Mother tongue education have its place in Malaysia', 'Satu perbandingan: Sekolah Cina Persendirian & Sekolah Menengah Islam Swasta', 'Mother tongue education under the Federal Constituion' dan 'Malaysian mother languages: Involve civil society in framing public policies',
Apa yang nyata, rencana-rencana tersebut cuba membina suatu wacana yang sanggup menjambatani permasalahan bahasa, pendidikan dan budaya yang dihadapi pelbagai kaum di negara kita. Dayausaha dan percubaan ini harus dialu-alukan.
Semoga penerbitan DJZ News dapat diteruskan mengikut model kepelbagaian bahasa pengantar itu untuk memberi sumbangan kepada idealisme dan amalan pluralisme di negara kita.
Agenda politik
Pada 12 Feb lalu, forum bertajuk "Kepelbagaian Memperkuatkan Budaya" anjuran Dong Jiao Zong berlangsung di Kolej New Era, Kajang. Ia disertai tiga penalis terkemuka - Prof Datuk Shamsul Amri Baharudin dari UKM, Sim Kwang Yang (Kolej New Era), dan Prof P Ramasamy (UKM).
Prof Shamsul, seorang anthropologis sosial yang berkecimpung dalam penyelidikan akademik sejak 25 tahun lalu, menyifatkan tajuk forum itu sebagai "non-isu" kerana kepelbagaian bahasa dan budaya adalah suatu fakta yang tidak perlu diperdebatkan di negara kita.
Dalam konteks Malaysia, ia merupakan masalah transformasi dari pluraliti (kepelbagaian bahasa dan budaya) kepada masyarakat majmuk yang berasaskan pembinaan sebuah negara-bangsa (nation-state).
Mengulas mengenai kewujudan ketegangan antara negara dengan masyarakat, beliau berkata, lazimnya, ia berpunca daripada perbezaan agenda politik di mana negara selalunya cenderung kepada usaha untuk menyeragamkan segala-galanya -- satu bahasa, satu bangsa, satu negara dan selainnya.
Sebaliknya, masyarakat, khususnya yang bersifat majmuk, cenderung kepada mempertahankan sifat kerencaman (heterogenization). Pastinya ketegangan ini akan berlaku dalam bangsa seperti Malaysia yang cukup majmuk sifatnya.
Penalis kedua, Sim, antara lain memperkenalkan gerakan DJZ dan pengaruhnya yang besar dalam masyarakat Cina Malaysia, dan bagaimana gerakan bahasa dan pendidikan masyarakat Cina itu dimusuhi kerajaan sebagai "negara dalam negara".
Sistem rojak
Sim menjustifikasikan kewajaran wujudnya kepelbagaian bahasa sepertimana bio-diversiti yang telah memanfaatkan evolusi manusia. Beliau turut membidas pemerintahan kolonialisme yang mengakibatkan pupusnya lebih 3,000 jenis bahasa, dan hanya hanya lebih 3,000 sahaja yang masih tinggal sekarang.
Beliau menyarankan supaya dasar pendidikan negara dikaji semula, bukan untuk satu-satu kaum sahaja, tetapi demi kepentingan generasi kita yang akan datang. Akhirnya, beliau menyeru DJZ supaya melintasi batasan sebagai gerakan bahasa Cina saja, dan bekerjasama dengan gerakan bahasa ibunda kaum lain yang memerlukan bantuan.
Penalis ketiga, Prof Ramasamy, pula menjelaskan bagaimana dasar pendidikan nasional yang dahulunya menitikberatkan keperluan penggunaan satu bahasa untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum negara kita, kini telah digantikan dengan dasar menitikberatkan penggunaan bahasa Inggeris untuk meningkatkan daya saingan rakyat Malaysia dalam zaman globalisasi.
Beliau juga mengingatkan bahawa penukaran bahasa pengantar dalam matapelajaran Sains dan Matematik mungkin tidak menguntungkan Malaysia, tetapi sebaliknya menjadikan sistem pendidikan negara sebagai "sistem rojak"
Tidak kira apapun alasan kerajaan, Prof Ramasamy menegaskan bahawa kewujudan aliran Melayu, Cina dan Tamil sebagai sekolah bahasa ibunda dalam negara kita, tidak patut ditafsirkan sebagai pilihan yang akan menyekatkan negara dalam menghadapi cabaran globalisasi.
Bagaimanapun, ketiga-tiga penulis tersebut bersetuju bahawa kewujudan pelbagai bahasa ibunda dalam sistem pendidikan dan kehidupan Malaysia adalah hakikat yang tidak dapat dinafikan, malah merupakan hak asasi setiap manusia dan setiap kaum yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Sejagat Hak-hak Manusia yang patut diakuri dan dipertahankan, bukan saja oleh rakyat pelbagai kaum, tetapi juga oleh kerajaan Malaysia.
Resolusi 10 perkara
Forum yang diadakan sempena Perayaan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa, turut menghasilkan Resolusi 10 perkara, yang merupakan satu dokumen yang bersejarah yang boleh dijadikan rujukan semua pihak yang terbabit dalam gerakan mempertahankan bahasa ibunda. Sepuluh perkara itu ialah:
1. Hak setiap manusia dalam mengguna, belajar dan mengembangkan bahasa ibundanya adalah suatu hak asasi.
2. Adalah amat sesuai sekali pendidikan dijalan dalam bahasa ibunda dan peluang untuk dididik dalam bahasa ibunda ini harus diberi sehingga tahap yang setinggi mungkin.
3. Kepelbagaian budaya diperlukan oleh manusia sepertimana kepelbagaian biologi diperlukan oleh alam semulajadi.
4. Pluralisme/kemajmukan budaya akan memanfaatkan pertukaran budaya dan menyuburkan keupayaan kreatif yang mengekalkan kehidupan awam.
5. Kewujudan sistem pendidikan pelbagai bahasa ibunda merupakan suatu pencapaian yang harus dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia, dan ia harus dipelihara oleh negara selaras dengan semangat perpaduan dan kepelbagaian.
6. Kami tidak setuju dengan hujah bahawa globalisasi mewajarkan penginggerisan sistem pendidikan bahasa ibunda.
7. Kami mencabar takrif ekonomistik bagi pembangunan dan merestui pendapat bahawa kepelbagaian budaya merupakan salah satu akar umbi pembangunan, ia adalah cara untuk mencapai suatu kewujudan intelek, emosi, moral dan rohani yang lebih sempurna.
8. Kami membantah kejadian hakisan budaya etnik (ethnocide) di mana penduduk, terutama penduduk asli dihalau dari tanah tradisional nenek-moyang mereka ke rancangan penempatan semula di atas nama "pembangunan".
9. Jaminan kepelbagaian budaya adalah kebebasan bersuara, pluralisme media, multi-lingualisme, peluang yang sama untuk menerima pengetahuan seni, sains dan teknologi.
10. Penggubalan semua dasar awam mengenai bahasa, pendidikan dan budaya harus melibatkan penyertaan masyarakat sivil, terutama badan bukan kerajaan yang terlibat dalam gerakan bahasa ibunda masing-masing.
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.