Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

"The only knowledge that can truly orient action is knowledge that frees itself from mere human interests and is based on Ideas in other words, knowledge that has taken a theoretical attitude" Jurgen Habermas dalam Knowledge and human interest.

Agama boleh membawa kesan pembiusan pada fikiran. Mereka yang terbius minda tidak akan berfikir lagi berkali-kali dengan kritis sandaran-sandaran idea atau kenyataan yang pernah membentuk sesuatu wacana. Sebaliknya, mereka hanya mengitar semula apa yang pernah disampaikan oleh orang lain. Gejala ini saya gelar 'muntahan otak'.

Orang ramai yang terkena pembiusan ini memang menyimpan hujah dan maklumat dalam fikiran. Malah dengan sandaran hujah dan maklumat itu, mereka 'berfikir' untuk menjana buah-buah fikiran lain. Tetapi apabila dirungkaikan, jelas sekali sandaran-sandaran itu tidaklah boleh diterima dengan baik.

Misalkan, ungkapan-ungkapan berikut: 'Melayu mesti bersatu', 'alat muzik bertali itu haram', 'konsert (hiburan) itu meruntuhkan akhlak', 'berpakaian seksi boleh menggalakkan jenayah rogol', 'Islam penyelamat umat', 'Islam dibina di atas keruntuhan jahiliah', atau 'ulama pewaris Nabi'.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS