UKM buta sejarah PKM dalam perjuangan anti-British?
Penerbitan memoir Shamsiah Fakeh dan memoir Ibrahim Chik oleh Penerbit UKM telah dipertikaikan oleh Putera Malaysia dari Kuala Lumpur ( Utusan Malaysia , 24 Nov. 2004) sebagai "suatu usaha di Universiti Kebangsa Malaysia (UKM) untuk memberikan pengiktirafan kepada bekas-bekas pengganas komunis di Malaysia sebagai pejuang kemerdekaan."
Mempertikaikan pengorbanan dan sumbangan Parti Komunis Malaya dalam proses memperjuangkan kemerdekaan negara kita, menunjukkan bahawa Putera Malaysia adalah seorang fanatik anti-komunis yang buta sejarah atau berpura-pura buta sejarah mengenai perjuangan bersenjata anti-British PKM dalam proses mencapai kemerdekaan negara kita.
Saya rasa sangat memalukan, apabila pihak UKM sebagai institusi pengajian tinggi yang telah menerbitkan Siri Memoir UKM (22 tajuk setakat ini), begitu gentar bila usahanya dipertikaikan oleh seorang yang buta sejarah atau berpura-pura buta sejarah (agaknya bukan sembarang orangnya), sehingga segera menubuhkan jawatankuasa khas lima anggota, yang diketuai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik) UKM, Prof. Dr. Sukiman Sarmani bagi menyiasat penerbitan buku yang dikatakan cuba mengiktiraf bekas pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan.
Tindakan terburu-buru ini merupakan tamparan dan ketidak-percayaan pihak berkuasa UKM terhadap Pusat Penerbitannya sendiri dan seolah-olah terlalu mudah berkompromi dengan tekanan-tekanan luar yang jelas sekali akan mengeruh dan menjejaskan suasana akademik yang lebih bebas dan terbuka dalam kajian dan penerbitan bahan-bahan sejarah.
Jika Putera Malaysia buta sejarah atau berpura-pura buta sejarah mengenai perjuangan bersenjata anti-British yang dilancarkan oleh PKM, pihak UKM juga patut mengetahui, bahawa dalam rundingan Perjanjian Haadyai 1989, Kerajaan Malaysia, melalui ketua rombongan perundingnya, Datuk Rahim Noor Ketua Polis Negara ketika itu telah membuat pengumuman bahawa Malaysia tidak menafi atau mempertikaikan sumbangan PKM dalam perjuangan kemerdekaan. (Sila merujuk kepada ms.490, Alias Chin Peng, My Side of History , Media Master, 2003).

Nasionalis Melayu
Dalam ms.63-64 memoir Shamsiah, saya petik: "Seorang tokoh veteran Umno, Tan Sri Abdul Samad Idris dalam bukunya 25 Tahun Merdeka cetakan 1982, halaman 253 menulis: 'Pemberontakan yang dilakukan oleh orang Melayu di Jenderam, Selangor dan di Temerloh, Pahang serta lain-lain tempat di mana mereka telah menyekutukan diri dengan pengganas Komunis di dalam hutan janganlah dianggap kerana fahaman Komunis mereka masih tebal. Dari penelitian sejarah amatlah jelas bahawa mereka adalah tokoh-tokoh kebangsaan Melayu yang tulen. Mereka memilih jalan hanya dengan pemberontakan sahaja untuk mencapai Kemerdekaan.' Tan Sri Abdul Samad Idris adalah seorang anti-Komunis. Meskipun begitu, beliau mempunyai pandangan yang jauh dan bersikap terbuka iaitu berani mengakui kenyataan sejarah tanah air."
Tan Sri Abdul Samad Idris seperti mereka yang anti-Komunis, menggelar orang Komunis sebagai "pengganas Komunis". Padahal penjajah Britishlah yang mula-mula menuduh orang Komunis sebagai pengganas. Namun, siapakah pengganas sebenarnya dalam perang anti-British sebelum negara kita mencapai kemerdekaan?
Menurut Shamsiah (ms.62) : "Penjajah British menuduh para pejuang yang masuk hutan mengangkat senjata itu sebagai 'pengganas Komunis'. Memang begitulah taktik penjajah hendak memburukkan para pejuang Kemerdekaan kita yang berani melawan kekuatan penjajah yang kuat itu. Di samping jumlah tentera yang agak ramai, penjajah menggunakan senjata canggih untuk menentang pasukan rakyat termasuk menggugurkan bom dan menembak dengan mesingan. Sebenarnya penjajah Britishlah yang benar-benar pengganas. Mereka membakar rumah rakyat dan tentera-tenteranya telah memperkosa ramai wanita Melayu kita di kampung-kampung."
Menurut Shamsiah lagi (ms.122): "Kita boleh menarik kesimpulan bahawa perjuangan bersenjata yang dilancarkan oleh PKM untuk melawan penjajah Britih itu sudah lama boleh ditamatkan iaitu pada 1955 sekiranya Rundingan Baling itu berjaya. Kenapa gagal? Siapa yang patut disalahkan? Tetapi kenapa rundingan damai yang kedua yang bermula kira-kira pada tahun 1988 berjaya?
"Ini semua berlaku kerana kebijaksanaan pimpinan Dr. Mahathir Mohamad yang jujur, inginkan perdamaian dan berani menyesuaikan diri dengan keadaan sejagat. Kenapakah Almarhum Tunku Abdul Rahman tidak berjaya menamatkan peperangan yang serupa? Sebabnya memang mudah dimengerti iaitu beliau tidak sama dengan Dr. Mahathir. Tunku berpendirian anti-Komunis mati-matian. Beliau juga tidak berkuasa kerana masih menjadi Ketua Menteri dalam Kerajaan pemerintahan sendiri ketika itu (tahun 1955)."
Fakta diputarbelit
Demikianlah hujah Shamsiah bagaimana PKM menyumbang dalam perjuangan kemerdekaan dan perang anti-British, dan bagaimana perang dalaman terpaksa diteruskan kerana kerajaan Malaysia mengikut jejak langkah imperialis hendak membasmi PKM.
Sama ada hujah dan pembelaan Shamsiah tersebut dapat dipertahankan, ia memang ada ruang untuk ahli-ahli sejarah dan sesiapa saja untuk mempertikaikannya. Tetapi tentu bukan mengenai pengorbanan dan sumbangan PKM dalam melancarkan perang anti-British sebelum negara kita mencapai kemerdekaan.
Dakwaan Putera Malaysia bahawa Shamsiah kembali ke tanahair "setelah perjuangan PKM gagal, lumpuh dan diletakkan pada keadaan yang sangat hina pada pandangan rakyat Malaysia" juga meleset dari fakta sejarah, kerana tak kira dari isi atau semangat Perjanjian Haadyai 1989 yang menamatkan perjuangan bersenjata dan permusuhan PKM dan Kerajaan Malaysia, ia juga tidak boleh diinterpretasikan kedudukan PKM seperti yang digambarkan oleh Putera Malaysia.
Sesiapa yang bersikap liberal dan objektif , selepas membaca memoir Shamsiah, tentu akan bersetuju ianya memang mengandungi banyak bahan sejarah yang bernilai, terutamanya tentang Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) serta penubuhan dan perjuangan regimen ke-10 yang terdiri daripada orang Melayu.
Memoir itu mengandungi riwayat Shamsiah dari lebih dekat dan secara peribadi, lima kali perkahwinan beliau dan manis pahit kehidupan dan kegiatannya di hutan (termasuk tiga kali sesat dalam hutan) di negeri China dan di pentas politik antarabangsa (khasnya di Indonesia), peristiwa perjuangan dalaman PKM yang mengakibatkan dia dicap sebagai anasir antiparti dan mengakibatkan dia ditahan dua tahun dan dipecat keanggotaan parti, penafian dia pembunuh anaknya sendiri, dan bagaimana akhirnya ia dapat kembali ke tanahair yang dirindukan.
Tidak kira apa sekalipun sikap peribadi kita terhadap bekas orang Komunis, di bawah isi dan semangat Perjanjian Haadyai 1989, mereka adalah rakyat Malaysia yang setaraf dengan kita, dan patut juga menikmati hak-hak mereka di bawah Perlembagaan Malaysia, termasuk hak bersuara dan mengeluarkan memoir mereka.
Lebih penting lagi, fakta sejarah tidak boleh diputarbelitkan mengikut kesukaan seseorang atau oleh mana-mana pihak. Andainya pihak UKM tidak berani mengiktirafkan sumbangan PKM dalam perjuangan anti-British dan mempertahankan hak Shamsiah Fakeh dan Ibrahim Chik, malah kebebasan akademik dalam kajian dan penerbitan, ia akan menjejaskan imej UKM sebagai suatu institusi pengajian tinggi yang berwibawa. Moga-moga pihak UKM tidak tunduk kepada tekanan luar yang berprasangka dan tidak demokratik.
Lapor komen ini

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.