Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Di Malaysia ini ada dua perkataan/konsep yang amat selalu digunakan oleh para wartawan. Perkataan/konsep ini digunakan khusus dalam media cetak dan media elektronik yang berbahasa Melayu. Saya tidak tahu sama ada perkataan/konsep yang sama digunakan juga di akhbar Tamil atau Mandarin. Saya tidak berkeupayaan untuk membaca akhbar-akhbar tersebut. Dua perkataan/konsep ini ialah: unik dan bersejarah.

Setiap hari ada sahaja laporan berita di akhbar yang menyebutkan tentang satu sejarah telah dibuat. Perdana Menteri membuat 'tele-conferencing' dilapor sebagai sejarah. Filem Melayu yang memiliki lamanweb, ini satu sejarah. Menteri membuat tali gasing satu lagi yang bersejarah. Menteri melakukan dua lawatan; ke kandang lembu dan ke kandang kambing, menjadi sejarah yang menggemparkan. Perdana Menteri tersepak tunggul satu lagi sejarah. Sebuah kumpulan rap membuat rakaman di Los Angles, beeb, ini memang sejarah.

Kemudian si malaun yang sama akan melaporkan pula bahawa di Malaysia ini ada orang Melayu, ada orang Cina, ada orang India - ini adalah unik. Di Malaysia ada sambutan Hari Raya, ada sambutan Dewali, ada sambutan Krismas - ini dianggap unik.

Di Malaysia ada tombong kelapa, ini juga satu yang unik. Di Malaysia kita ada radio, ada leterik, ada pokok kelapa - ini juga unik. Di Malaysia ada sasterawan wanita yang menulis buku tebal, ini menjadi unik. Malaysia mengeluarkan kereta dan ada lebuhraya - wow ini laaaaaagi unik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS