Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

'Gelombang besar di pelabuhan', terjemahan kepada bahasa Melayu, daripada dua kata Jepun, 'tsu' dan 'nami'. Disebut pelabuhan kerana di sini tenaga air laut terkumpul. Ombak sederas 500 hingga 900 km sejam dari pusat gempa, menjadi semakin tinggi, boleh mencecah lima hingga lapan meter, apabila menghampiri pantai. Gempa di laut melebihi 6 mata di skala Ritcher cenderung, walau tidak pasti, menghasilkan tsunami.

Tergempar dengan kedahsyatan gempa dan ombak maha besar itu, ramai orang tiba-tiba condong merujuk kalimat-kalimat agama tiba-tiba sahaja semua orang berdosa, layak direjam dengan murka Tuhan. Di tengah kebingungan akibat dahsyatnya skala bencana, agama menjadi semakin laris.

Sehingga akhir Januari, daerah-daerah Aceh dan Sumatera Utara mencatatkan korban lebih 100,000 orang, hilang (lebih 12,000) dan di khemah-khemah pengungsian (lebih 400,000).

Dari negara kita, beberapa hari selepas 26 Disember, saya mendapat pesanan ringkas (SMS), kononnya kejadian ini "akibat maksiat manusia yang berpesta-pestaan ketika menyambut Hari Natal" malam sebelumnya. Seolah-olahnya Aceh-lah tempat yang paling berdosa di rantau ini, waktu itu.

Melalui media Indonesia, kita boleh mengesan nada keluh yang sama. Golongan agamawan, sasterawan dan seniman tiba-tiba menyedari hukuman Tuhan terhadap dosa-dosa selama ini. Sebuah stesen televisyen berita Metro TV menyiarkan lagu dan puisi yang sarat nada berdosa, insaf, bingung dan taubat bersama footage bencana itu sebagai kempen kutipan derma.

Ketika pelancaran buku Maha duka Aceh, antologi puisi 160 penyair, beberapa minggu lepas, ratap sendu keagamaan tidak ketinggalan bergaung-gaung di Taman Ismail Marzuki, pusat kebudayaan di Jakarta.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS