Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kali ini saya tidak teringin untuk menjadi pengamal kewartawanan Gonzo. Saya akan cuba memasuki satu penulisan genre baru. Genre yang saya maksudkan ini dilahirkan oleh teknologi Internet. Untuk sesiapa yang bertanya apa bendanya gonzo ni sila google perkataan ini. Menggoogle adalah salah satu dari ciri penulisan genre baru yang saya maksudkan ini.

Bagi anak-anak sekolah, termasuk juga pelajar universiti, genre penulisan saya ini bukan sesuatu yang baru. Malah, pada hemat saya, anak-anak sekolahlah yang telah menjadi peneroka awal. Selalunya anak-anak muda ini lebih berani dan agak ' avant garde ' dalam tingkah kerja mereka. Genre yang saya maksudkan ini ialah genre penulisan CPT curi, potong dan tampal.

Saya melakukan CPT ini kerana saya didesak oleh kakak saya yang selalu bertanya tentang Iraq. Dia mendesak kerana dia tahu saya pernah tinggal di kota Baghdad satu ketika dahulu. Dalam masa yang sama, kakak saya sebagai orang kampung, amat ingin tahu kenapa perang berlaku di Iraq dan siapa kepala yang memulakan perang ini.

Apabila saya dihadapkan dengan soalan politik dunia yang berat-berat seperti perang Iraq ini rancangan siapa/siapa ketuanya/apa untungnya/siapa kawan/ siapa lawan maka saya merasa amat rungsing. Pada pandangan saya, kakak saya ini mewakili orang kampung yang setia pada pegangan agamanya tetapi telah berpuluh tahun ditipu dengan pelbagai maklumat yang tidak betul.

Maklumat-maklumat bohong ini ada yang muncul dari gedebe-gedebe dan orang-orang politik yang selalu berselindung di bawah jubah agama. Sayangnya, genre penulisan CPT kali ini tidak pula dalam bahasa Melayu. Ini bermakna kakak saya, pak cik dari Kampung Kerinchi atau mak cik dari Senaling tidak akan dapat memahami apa yang telah saya curi dan tampal.

Tetapi rasa saya, kali pertama ini, ada baiknya jika perkara-perkara yang telah saya curi dan tampal ini diketahui oleh Mamat Yuppie dari Telawi dan Minah-Minah Sarong Party yang selalu melayari Internet semasa mereka bersantai di cafe Starbuck.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS