Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Minggu lalu, seorang tokoh muda Umno, Datuk Zaid Ibrahim "merajuk". Beliau kecewa setelah didapati bersalah oleh lembaga disiplin parti kerana melakukan rasuah politik pada pemilihan bahagian tahun lalu.

Lantas peguam tersohor itu menimbangkan untuk mengundurkan diri dari politik dan menumpukan perhatian pada perniagaannya sahaja.

Ketua Umno bahagian Kota Bharu itu merasakan dirinya dianiaya oleh pihak tertentu. Beliau pelik bagaimana lembaga disiplin boleh mendapatinya bersalah sedangkan tiada bukti-bukti kukuh dia melakukan kesalahan yang didakwa.

Zaid didakwa melanggar tata ektika 2.2 kerana terbabit dengan ejen ketika pemilihan bahagian berlangsung. Lalu beliau diberikan amaran.

Bukan sahaja beliau yang kecewa dan marah dengan keputusan lembaga disiplin yang dipengerusikan oleh Tengku Ahmad Rithaudeen itu. Ketua bahagian Lembah Pantai, Datuk Shahrir Abdul Jalil juga merasakan diri menjadi mangsa fitnah politik.

Nasib Shahrir lebih malang kerana dikenakan hukuman lebih berat. Beliau digantung keahliannya sepenggal atau tiga tahun.

Dalam reaksinya terhadap keputusan lembaga disiplin itu, Shahrir tetap berpendirian dirinya tidak bersalah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS