Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Soal 'padang tidak sama rata' dan hubungannya dengan PAS, harap janganlah mengulang-ulang hujah sedemikian dengan saya. Tulisan seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai 'Ahli PAS Bangsar' (APB) dalam suratnya ' Tulisan Fathi Dijawab ' ( Malaysiakini.com , 14 April 2005) dirujuk.

Selain muak, saya telah berkali-kali menulis di kolum ini dan beberapa penerbitan lain sejak bertahun-tahun yang lalu. Saya sendiri tidak faham kenapa parti Islam ini, dan rakan-rakannya dalam Barisan Alternatif, 'tidak serius' dengan persoalan ini usaha-usaha membesarkan ruang demokrasi tetapi tanpa sepenuhnya disedari, mereka turut menganut nilai-nilai dan amalan amalan tidak demokratik.

Malah, saya sendiri bingung kenapa PAS (atau aktivis Islam) sendiri menghayati budaya buruk tidak demokratik itu, ingin menyekat orang lain daripada bersuara. Sedangkan tidakkah pada asalnya mereka turut menentang realiti buruk 'padang permainan yang tidak sama rata' itu?

Misalnya, kenapa susah bagi mereka menulis jawapan, atau memberi penjelasan, dengan tenaga dukungan hampir 500,000 ahli dan penyokong di serata negara? Sudah terlalu sering saya bersuara di sini sehingga tidak wajarlah saya mengulang-ulangkan lagi hal ini di sini.

Elok juga jika rencana-rencana di kolum saya itu, (jika mahu) buku terbaru saya Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi (Februari 2005) dilihat kembali kerana kelihatan APB tidak mengikut semuanya dengan baik dan membuat pertanyaan terhadap isu-isu 'lama' yang saya sendiri sudah mengulasnya atau pernah mempertanyakannya.

Seharusnya sebagai anggota PAS, penulis surat ini bertanya kepada partinya sendiri kenapa langkah-langkah ke arah membesarkan ruang demokrasi tidak serius ditanggapi parti Islam tetapi kelihatan lebih sibuk menjaga 'tepi kain orang lain' (kata orang Melayu). Apakah PAS berharap mendapat manfaat tertentu di sebalik 'kain' itu?


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS