• Zainul menjolok, �badut Parlimen� melenting
  • Aman Rais
  • 1114490158
  • Seorang wartawan kanan akhbar NST, Zainul Ariffin menjadi sasaran beberapa ahli Parlimen minggu lalu. Ini gara-gara tulisannya yang mengkritik ahli Parlimen kerana gagal berhujah dengan bernas di Dewan Rakyat. Rencana Zainul bertajuk "Our MP are not ready for prime time TV" telah dihentam kuat oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang dan tiga ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

    Kit Siang menyifatkan tulisan Zainul yang mengatakan ahli Dewan Rakyat suka bercakap mengenai isu-isu bodoh, remeh-temeh, tidak relevan dan kurang membuat "homework" sebagai tidak adil dan menghina Parlimen. Beliau mahu wartawan itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.

    Nampaknya begitu mudah ahli-ahli Yang Berhormat (YB) kita melenting dan melatah apabila dijolok dengan kritikan yang mendedahkan kelemahan mereka. Bukan sahaja wakil rakyat BN yang terlalu "sensitif dan manja", malah "orang tua" di Dewan Rakyat, iaitu Kit Siang, juga berperangai begitu.

    Selama ini orang ramai menganggap wakil rakyat pembangkang bersikap terbuka, suka ditegur dan dikritik, tetapi nyata sekali tanggapan itu meleset. Nampaknya Ketua Pembangkang juga terasa pedas tulisan Zainul itu. Adakah beliau juga sudah tergolong dalam kumpulan "pak lawak-pak lawak" di Parlimen?

    Sepatutnya Kit Siang mengalukan-alukan kritikan membina wartawan berkenaan, bukannya mengesyorkan beliau dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen. Jelas sekali Kit Siang telah hilang pertimbangan dan rasionalnya apabila meminta orang yang bukan ahli Parlimen dihadapkan ke jawatankuasa tersebut.

    Adakah Kit Siang sudah terlupa jawatankuasa itu hanya boleh memutuskan sesuatu perkara jika ia membabitkan ahli Parlimen? Atau mungkinkah tokoh DAP itu sudah terlupa perjuangannya yang memperjuangkan kebebasan media, hak berkarya dan bersuara selama ini?

    • �Pak Lawak Parlimen�
    • Kebebasan akhbar
    • Wakili pengundi di Parlimen