Most Read
Most Commented
Read more like this

Ketua pembangkang Lim Kit Siang marahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PDNHEP) Datuk Mohd Shafie Alpdal kerana asyik memberi statistik tetapi gagal memberi saranan penyelesaian krisis diesel baru-baru ini.

Kit Siang memang betul, statistik tidak dapat menggantikan saranan penyelesaian, tetapi ini tidak bermakna statistik tidak berguna. Umpamanya, dalam isu yang dibincangkan, statistik dapat membantu kita memahami bagaimana seriusnya permasalahan yang negara kita hadapi.

Umpamanya perbezaan harga subsidi diesel 88 sen seliter dengan harga industri RM1.70 seliter adalah punca kegiatan penyangak. Sesiapa yang sanggup membeli diesel pada harga subsidi dan menjualnya dengan harga lebih tinggi untuk kegunaan industri, akan mendapat keuntungan lumayan.

Justeru itu, mengikut statistik yang didedahkan Shafie, jumlah kenderaan yang menggunakan diesel tahun lalu hanya bertambah 6.6 peratus iaitu dari 16,683 pada tahun 2003 bertambah sehingga 17,784 tahun lalu. Namun, sebaliknya, penggunaan diesel bertambah 35 peratus sehingga 1.45 bilion liter tahun lalu.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS