• Anwar terdesak dalam program Hardtalk
  • Lee Ban Chen
  • 1116393686
  • Kata penulis MGG Pillai, jarang ada tokoh yang tidak terjejas kehormatan dan reputasi mereka selepas muncul dalam program Hardtalk yang umpama pisau yang mempunyai dua mata itu. Oleh itu, tokoh politik seperti Tony Blair, Perdana Menteri British, telah enggan diwawancara.

    Pillai menganggap Anwar telah didominasi oleh pewawancara Hardtalk Steven Sackur dan beliau terlalu mempertahankan diri, sehingga kehilangan peluang keemasan untuk menyatakan rancangan masa depannya dan untuk membuktikan bahawa dirinya lebih cekal daripada apa yang digambarkan oleh para pengkritiknya.

    Turut dikesali ialah Anwar telah menyimpang daripada pendirian yang telah ditegaskan, iaitu beliau sesungguhpun tidak dapat melupakan apa yang Dr Mahathir buat terhadapnya, beliau telahpun maafkan Dr Mahathir.

    Saya sempat mengikuti program Hardtalk tersebut, dan mendapati Anwar bukan sengaja mahu menimbulkan semula tuduhan terhadap Dr Mahathir (Mohamad) bahawa beliau memiliki 70 peratus saham TV3, tetapi juga mahu menangkis bidasan pewawancara bahawa beliau juga ketika berkuasa dan menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu, pernah menguasai media massa.

    Anwar mengalihkan tanggungjawab itu kepada Dr Mahathir demi menjaga nama baik sendiri. Perbuatan ini rasanya tidak begitu bijak, kerana jika beliau tidak pernah menentang dasar Umno/BN dalam menguasai media massa, maka tindakan mengalihkan tanggungjawab itu kepada bosnya dahulu, juga boleh dianggap sebagai tidak bertanggungjawab.

    Apabila Dr Mahathir melenting mendakwa bahawa beliau telah difitnah dan ditikam dari belakang oleh Anwar untuk mempertahankan diri, sekali lagi Anwar tidak berdiam diri, tetapi mengulangi tuduhannya sepertimana yang terkandung dalam testimoni bersumpah beliau yang dikemukakan di mahkamah pada tahun 1999.

    • Dr Mahathir terpencil
    • Anwar alih tanggungjawab
    • Cabaran berdebat