Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

"A spectre is haunting the Europe the spectre of communism. All powers of old Europe have entered into a holy alliance to exorcise this spectre: Pope and Tsar, Metternich and Guizot, French Radicals and German police-spies" Karl Marx dan Friedrich Engels dalam Communist Manifesto (1848)

Tradisi boleh menjadi berhala suara 'kebenaran' yang dikuduskan sebagai tidak boleh dipertikaikan lagi. Campurtangan manusia dalam tafsir agama akhirnya ghaib entah ke mana, semuanya diperkirakan sudah beres dan mantap. Semuanya abadi seakan-akan wahyu.

Tetapi tidak semua aktivis dan pemikir Islam melihat agama seperti ini. Ada Islam 'yang lain', yang belum tuntas, yang bermasalah, yang menyimpan kontradiksi dan paradoks, dengan realiti manusia hari ini. Wacana-wacana tradisi dijungkir balik, disemak dan dikritik. Agama diusung ke 'bengkel idea' atau 'makmal wacana'. Proses ini boleh dianggap berfikir dengan niat ijtihad walau mungkin tidak seketat syarat-syarat berijtihad yang lazim difahami.

'Mempermasalahkan Islam' bukanlah ungkapan dan kegiatan yang disenangi di Malaysia atau di negara-negara yang konservatif. Di negara-negara konservatif ini, agama dianggap sudah selesai, hanya tunggu kuasa negara dan pelaksanaannya sahaja. Tiada tekad politik yang menyebabkan Islam gagal ditegakkan secara syumul (sepenuhnya) di sini.

Masalah Islam bukan kelemahan teori atau isu kecacatan idealisme tetapi halangan di ruang amali. Hanya menunggu masa untuk diterapkan sepenuhnya, atau perlahan-lahan, dalam kerangka Islamisasi negara dan birokrasinya. Inilah paradigma 'Islam tanpa masalah'. Jika ada masalah-masalah baru, kontemporari, kita kembali kepada tradisi.

Jawapannya sudah tersedia ada di sini (tradisi) kerana khabarnya 'agama itu telah disempurnakan', yang akhirnya membiakkan campur aduk antara wahyu dengan akal manusia (tradisi). Kenapa ramai orang yang konservatif dan tradisionalis itu bersandar pada tradisi?

Bersembunyi di sebalik tradisi menyeronokkan dan memberi 'rasa aman', rasa 'beres' dan 'selesai'. Sikap ini sesuai untuk dua jenis manusia sahaja: (a) jahil dan fanatik dengan masa silam, (b) malas membaca, mengkaji, berfikir dan berbahas ilmu-ilmu baru. Fikiran yang tidak bergerak atau tidak luas cedukan pengetahuannya akan berkubu di sini. Kedua-duanya (a) dan (b) saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Tetapi, sekali lagi, sikap beragama popular seumpama ini di Malaysia tidak disepakati di negara-negara lain atau di kalangan beberapa kumpulan aktivis dan pemikir Islam di serata dunia Islam, termasuk di negara kita. Golongan ini percaya, idealisme dan fikih (kefahaman) agama sekarang memang ada masalah yang belum tuntas, enggan diselesaikan atau jawapan yang sedia (tradisi) kurang memuaskan beginilah lantai berhujah aliran 'Islam itu bermasalah'.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS